Khamis, 26 Disember 2013

AJAIB BAGI KITA.

Bila kita bercerita,ada yang salah tafsir, ada pula yang betul maksudnya.Benar atau tidak tafsiran itu, jangan di perhitungkan dahulu, tetapi yang perlu di ambil kira adalah niat kita. Jika kita berniat baik, maka jadilah baik, jikakita berniat tidak baik,jadilah yang tidak baik. Maka itu mulakanlah kehidupan,gerak kita, dan apa saja yang ingin kita lakukan dengan niat yang baik.Biasanya waktu panas,boleh di katakan mengenai cuaca yang panas, namun ada waktu waktu tertentu hati mansia juga mengalami kepanasan, walaupun panas itu ada kita mestilah bersyukur dengan melihatnya sebagai kepanasan yang mendapatkan menafaat kepada makhluk, jika kita mahu panas, dan di pihak lain mahu dingin, ini bermakna ada perbezaan rasa, jika perbedaan keinginan itu di selaraskan, baik yang panas dan dingin akan tersenyum, dan mengatakan aku memerlukan keduanya sekali, kerana keduanya itu sama baik dan bermenafaat. begitulah dalam hidup ada masa sejuk ada masa hangat, ada masa gemberia ada masa derita, ada masa senang,ada masa susah, ada masa bosan dan ada masanya tidak, namun demikian kejayaan mengimbangi stuasi berada cara kita melihat dan memandangnya, walaupun pandangan kita itu jauh mengambil waktu yang agak lama, namun keaslian dari pandangan itu membuat kita merasakan sesuatu itu ajaib bagi kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan