Selasa, 10 Disember 2013
REBUTLAH PELUANG YANG MUDAH,WALAUPUN SUKAR.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.Saya akan menyentuh soal HATI YANG TENANG.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam jiwa manusia terdapat dua sifat utama iaitu sifat positif dan negatif. Jika sifat positif mendominasi atau mempengaruhi jiwa manusia maka akan melahirkan banyak sifat-sifat mahmudah, tetapi sebaliknya jika sifat negatif banyak menguasai jiwa manusia maka ianya akan melahirkan pula sifat-sifat mazmumah.RINGKASNYA adalah sifat baik dan buruk.
Salah satu sifat mahmudah adalah sifat pemaaf dan lawan daripada sifat ini adalah sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah SWT.Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran ayat 132).MAKA ITU MARILAH KITA MEMBUKA PINTU HATI KITA UNTUK MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN KEPADA KITA.DENGAN PENUH IKLAS, TANPA MERASA PAHIT, MALAH AKAN MERASA KEMANISANNYA.
Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi ). MAKA ITU SECEPATNYA KITA MEREBUT PELUANG UNTUK MEMAAFKAN ORANG LAIN, JIKA KITA TAHU MEMAAFKAN ORANG LAIN ITU ADALAH KEMULIAAN YANG AKAN DIPEROLEH.BIARLAH KITA MEMPEROLEH KEMULIAAN DI SISI ALLAH.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan