Khamis, 12 Disember 2013
KALAU BERGITU TERPULANGLAH.
Hari ini selesai solat jumaat,di Masjid Sultan ismail Batu Pahat, Khutbah berkaitan zikrullah.Sebelum solat Jumaat bersama seorang lelaki berusia 60 tahun lebih bernama iskandar, dia bertanya kepada ku, kenapa selepas solat Jumaat, kebanyakkan umat islam tidak solat zuhor, sedangkan solat zohor itu adalah fardu kepada setiap orang islam. Aku jawab ringkas, tanyalah kepada Imam Masjid, Qadi atau buka hadits dan bahan bacaan berkaitan untuk mendapatkan jawapan. Dia berkata kepada ku kenapa tak nak jawab, sampai suruh orang lain jawab atau baca buku untuk mendapatkan jawapan, aku menjawab ringkas lagi kataku, tuan dah berusia 60 an, kenapa soal ini baru muncul dari mulut tuan, dan tuan baru berfikir sekarang, itu lebih baik dari tuan tidak berfikir langsong, dan kalau tuan mencari jawapan dengan cara mencari dari jawapan saya itu, itu lebih baik dri tuan mendengar mudah butir jawapan saya, ..kata saya cari lah, semoga tuan akan menemukan lagi banyak soalan, sebab dengan banyak soalan akan membuat tuan terus mencari, saya kagum di atas pertanyaan tuan, saya tidak menjawab soalan tuan bukan saya tak tahu, kerana apabila kita tahu yang sedikit, maka lebih banyak lagi yang kita tidak tahu, yang banyak. Sebab itu lah hidup ini lebih banyak tak tahu dari yang tahu, manakala yang lebih banyak berkata tahu pula, banyak pulalah ketidak tahuaannya, maka itu belajarlah untuk menjadi orang yang serba tahu di dalam keadaannnya yang masih banyak tidak tahu, seperti sayadan tuan. Dia pun menjawab ulasan saya dengan pendik saja.Kalau gitu terpulanglah. kami bersalaman sambil senyum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan