Jumaat, 4 Disember 2009

Muhyiddin tak layak ukur keislaman sesaorang ?

Mahyuddin harus faham kezaliman apa yang telah menimpa hak rakyat kelanta,sejak sekian lama, dia harus melihat kesalahan BN dahulu, itu sebagai reaksi awal,jauh dari itu dia harus belajar sejarah pemberontakan rakyat seperti di Indonesia dan Perancis, jangan sampai kemarahan rakyat sendiri menyebabkan akhirnya MALAYSIA DI BAWAH BENDERA REVOLUSI........Yang ini hanya baru doa !- Ketua seketeriat Aduan Rakyat PKR Johor.


TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz
Dis 4, 09 8:06pm
"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keislaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar mursyidul am.

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

"Itu sudah diputuskan oleh kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-65 di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz di dalam sebuah laman web yang menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ehsan.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membayar wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata kenyataan itu dibuat dalam keadaan sedar oleh menteri besar Kelantan itu dan kalangan pemimpin PAS yang banyak terdiri daripada tokoh agama patut menegur jika Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.

Mengenai Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib yang disebut-sebut telah meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Portal berita The Malaysian Insider hari ini melaporkan Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada perdana menteri bulan lepas.

Beliau dikatakan menyebut masalah kesihatan sebagai sebab utama dalam keputusannya untuk meninggalkan pentadbiran persekutuan. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan