Rabu, 24 November 2010

KONFLIK POLITIK PKR PEMILIHAN 2010.

Saudara pembaca,
Paling mudah ada konflik, kerana ada cetusan rasa, dan rasa itu adalah tidak puas hati, tidak menepati apa yang di janjikan mengikut aturan dan peraturan atau teras kepada pelembagaaan dan garis panduan, dan paling mengecewakan jika ada penyalahgunaan kuasa, maka tercetus konflik antara yang benar dan yang bagthil, akhinnya konspresi akan membawa kerugian kepada anggota dengan kepelbagaian tafsiran yang sangat mengelirikan, adakah anda bahagian dari konflik itu ?

Ahad, 31 Oktober 2010

FIKIR FIKIRKANLAH: TAFSIRAN MELULU : PIMPINAN PKR HARUS LEBIH TEGAS.

FIKIR FIKIRKANLAH: TAFSIRAN MELULU : PIMPINAN PKR HARUS LEBIH TEGAS.

TAFSIRAN MELULU : PIMPINAN PKR HARUS LEBIH TEGAS.

Saya maksudkan ,apabila setiap pemimpin bermasallah pasti meletakan pelbagai praduga, yang akhirnya mengalami kehancuran, disebabkan praduga itu salah dan tidak berasas. Puncanya adalah niat yang tidak benar dan betul. Ini bermakna setiap pemimpin mestilah mendepani niat yang betul, jika hendak mengatasi apa juga masallah, jika tidak ianya pasti kecundang. Masallah tak selesai, maka timbul pulallah masalah baru, sebab itulah tafsiran melulu perlu dihempang, dan untuk menghempangnya pemimpin mestilah tegas terhadap diri sendiri terlebih dahulu.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Jika mereka mendesak, pasti ada kesannya.........?

Tiba tiba mereka berkumpul dan mendesak keputusan itu, kerana mereka tidak yakin kepada apa yang diputuskan, jika mereka mendesak juga terputuslah tali itu dan akhirnya tidak mengikat. Biar dua baris tapi itu cukup bermakna dalam amalan hidup ini. dan carilah maknanya ?

Ahad, 6 Jun 2010

Mencari Kedamaian

Damai bukan datang dengan sendiri
dia tidak pergi juga dengan sendiri
dia hadir kerana
sebuku hati rindu kepadanya
Damai pembuka tirai
untuk indah
kerana ia jelita
tidak hanya di mata
tapi ia indah
diruang ruang
yang lama
terluka
dan kau petiklah
damai itu
sebelum gugurnya
di telan bumi
dan gaib dari pandangan
mata kita
dan pejamkan lagi mata mu
damai juga akan lari
kerana
hati mu itu
sudah kau kunci
dan benci.
Cintailah damai
sepenuh hati.

Isnin, 5 April 2010

PEMIMPIN JANGAN TIPU RAKYAT

Hari ini rakyat kecewa;
Apabila dikalangan pemimpin apabila mengeluarkan kenyataan, dalam keadaan yang tidak seharusnya bercelaru, malahan rakyat perasaan mereka sedang bercakap bohong, padahal pemimpin terlupa reaksinya itu sedang ditonton oleh rakyat..apatahlagi jika aksinya pula didapati sungguh sangat jauh dan menyimpang dari hal yang sebenarnya ini lah akibat dari telatah pemimpin yang diperhatikan oleh rakyat. tolong jangan tipu rakyat.

Isnin, 22 Februari 2010

MASALAH DAN PERJUANGAN

Facebook

Dua hari yang lewat saya pergi ke Pt ngamarto yong peng, masuk ke dalam melihat aktiviti pendudk kampong tersebut, saya bertemua dengan seorang wanita menghampiri usia 70an, saya bertanya kepadanya , " mak cik, tahu tak suatu kawasan pasir yang terletak di kampong ini, dia menjawab " Nak ,kawasan itu masuk dalam sikit, kira kira 3KM dari sini. Saya menyapnya lagi, mak cina nak kemana ? saya nak masuk ke dalam nak, lalu juga nanti kawasan pasir itu. saya menambah lagi 'kalau gitu mak cik ikut saya aje. Tanpa berlengah lengah di menjawab boleh juga! Tak berapa lama kami pun saya ke kawasan tersebut. Saya bertanya kembali kepada mak cik tersbut, Mak cik tahu tak kawasan pasir ini siapa yang punya ? saya tak tahu nak, setahu mak cik, kebanyakan hasil bumi di sini diiliki oleh orang luar Pt ngarmato,...sambil termagu saya pun berkati..ooooh gitu, Lau saya bertanya lagi, hasil bumi apa lagi yang ada di sini mak cik ? Dengan selamba dia mejawab , kawasan ini kawasan sawit, getah dan ada sikit kayu. Mak cik itu musyikil terhadap saya, kemudian bertanya kepada saya, ini kawasan pasir anak ke! Saya mejawab, bukan !, tapi yang punya kawan saya, dia nak jual dengan saya. Lantas dia bertanya lagi, anak nak buat apa dengan pasir ini, saya pula selamba menjawab, pasir ini saya nak buat batu block dan kalau mak cik ada orang yang nak kerja berilah tahu saya, mak cik itu kemudian memberitahu saya ,suaminya boleh berkerja, saya bertanya berapa usianya 90 tahun ?
.......saya terkejut, usianya dah lanjut sangat, ini kerja berat...tak boleh lah mak cik, kesian dengan suami mak itu.....sambungnya lagi tolonglah nak, tolonglah...kalau pak cik tak kerja, kami tak makan. Sampai disini dahulu yang ingin saya sampaikan :-

Maksud saya Mudah;
BERAPA RAMIKAH LAGI MEREKA YANG USIA LANJUT TERDEDAH DENGAN PENDERITAAN ?
.......YA tuhan bukanlah hati dikalangan golongan muda tidak memilih kerja !
Ya tuhan bagi mereka yang menganggur, kau permudahkan mereka mendapat perkerjaan.
Wahai Kerajaan malaysia, lihatlah peratus pengangguran yang kian mengancam di negara ini,
.........esok siapa tahu, seperti terbuktinya makcik tersebut
yang telah memilih jalan Perjuangan rakyat untuk berubah/dan hari ini dia telah
saya pilih menjadi Ketua penaja wanita ranting di kawasan tersebut, demi menegakkan keadilan.

Khamis, 11 Februari 2010

MANUSIA SENGAL

TIADA ADA PENDIRIAN: KELUAR DARI PKR !
SANDIWARNA SUDAH TERJAWAB
LEBIH KEPADA KEPENTINGAN PRIBADI ?

Jumaat, 22 Januari 2010

SUMPAH RAKYAT MENJADI ..........?

Saudara pembaca,
Dulu orang kata Dr. M bijak,pandai urus Negara, dan negara jadi Maju, tun dianggap pengkritik,kritis,berlian negara, rakyat bangga, tiba tiba habis peralihan kuasa nampak banyak pekong dr M. Sebenarnya sumpah nih dah mula sejak zaman tengku Abdul Rahman, dia kritik tunku, dia cipta Delimma Melayu. Lepas itu nama tunku tercemar dimata rakyat, nama dia sebagai pejuang dan pembela rakyat....al kisah mengapa skrip itu dia cipta, atau dapatkah skrip buta mencelikkan kebenaran, malahan ianya akan berakhir dengan penghinaan, tak apalah dia pun memang sanggup untuk dihina, sebab kalau main politik tak boleh di hina, namanya...bukan politik, tapi itukah cara Islam ? Adakah islam mengajar pemimpin Melayu untuk berbohong ? adakah orang yang tidak berdosa dikorbankan...apakah itu politik dendam atau ...ada urat saraf bertindan yang merosak perjuangan bangsa melayu....akhirnya satu demi satu pemimpin melayu akan disumpah oleh rakyat...Jadikah sumpahan itu
Insyallah sumpah rakyat akan menjadi.......
Kita Sambung nanti.......pada tulisan berikutnya.

Selasa, 19 Januari 2010

MALAYSIA SEMAKIN TAK TERURUS

Saudara pembaca,
Saya menyingkap beberapa perisitwa terkini yang menjadi isu diperkata oleh rakyat, di masjid, di kedai Kopi,di Pasar dan di mana Mana ? rakyat bertanya kenapa ekonomi tepu, kenapa harga barang semakin naik, kenapa pembaziran wang rakyat kian hari kian terpapar, kenapa soal Jet dan enginnya harga berubah, sedangkan kemarahan pada satu isu menjadi berganda ganda, dari harga bawang, gula, kacang, tambang bas, tambang teksi, kos tak terhingga naiknya dirasakan rakyat, pendapatan menurun di kalangan mereka yang menganggur tak ketera, apatah lagi bagi mereka yang menganggur ketara, Apa lagi ? isu yang melayang dan masuk ke cuping rakyat, adalah seperti kualiti air, TNB yang mendengungkan kerugiannya, petronas yang minyaknya hampir habis, pengguna yang kini termenung panjang sebab pendapatan dan gaji diperoleh tak cukup, dan dalam masa yang sama pemimpin BN mencurahkan projek mega kepada golongan tertentu...pemimpin bercakap duit kita ada, rakyat bercakap duit kita tak ada, kapatalis bercakap kita nak untung, masyarakat misikin bercakap bebaskan kami dari kemiskinan. Golongan agamawan bercakap, perselisihan apa yang sedang terjadi, samapi masjid dan gereja di bakar ? .....RAKYAT BOSAN......BOSAN....DAN BENCI ?

Kini harapan rakyat hanya kepada oposisi- pakatan rakyat, menunggu masa untuk ubah kerajaan BN yang telah lama diberi peluang tetapi perangai tak berubah, menyanggak, menyamun, dan tak bertanggungjawab, mereka sebenarnya telah menghina pemimpin terdahulu, mereka perosak idelisme perjuangan, kerana apa ? Gila kuasa dan harta, Gila pangkat dan betina ? Rakyat akan terus di mangsakan dan dibinaskan, mereka yang berpoya poya terus kaya....lihat Wilayah Iskandar akhirnya jadi milik siapa, lihat gedung gedung besar siapa dibelakang pemiliknya,,,konon benci pada israil tapi mereka menjadi pendokong kuat kepada rejim ganas itu...pengkhinat bangsa dan negara ? Pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan, rakyat menangis hanya kerana tak dapat memberi anak wang sekolah untuk kesekolah, ada rakyat mengadu terpaksa makan ikan tri dan ikan kering, sedangkan pemimpin gemok dengan kekayaan dan makanan lazat ? Pendayus pemimpin yang ada, semoga mereka di sumpah menjadi binatang buas ?

Sabarlah saudara saudara ku yang di dalam kesusahan, pasti kita hapuskan kebatilan  dan menegakkan kebenaran, ingatlah Allah akan bersama kita, berkat sabar dalam menempuh dugaan, tapi ingat kita tidak akan berubah jika kita tidak berusaha merubah negara ini, agar ianya di pimpin oleh golongan yang amanah, mari kita terus berjuang untuk menegakkan keadilan, dan Parti keadilan Rakayat adalah wahana terbaik untuk terus memperjuangkan keadilan untuk semua, amin semoga kita tidak berpatah semangat untuk terus berjuang mendaulatkan negara kita, mudah mudahan kita berjaya didalam menghadapi pru ke 13 nanti.

Fikir fikirkankah ?