Selasa, 19 Januari 2010

MALAYSIA SEMAKIN TAK TERURUS

Saudara pembaca,
Saya menyingkap beberapa perisitwa terkini yang menjadi isu diperkata oleh rakyat, di masjid, di kedai Kopi,di Pasar dan di mana Mana ? rakyat bertanya kenapa ekonomi tepu, kenapa harga barang semakin naik, kenapa pembaziran wang rakyat kian hari kian terpapar, kenapa soal Jet dan enginnya harga berubah, sedangkan kemarahan pada satu isu menjadi berganda ganda, dari harga bawang, gula, kacang, tambang bas, tambang teksi, kos tak terhingga naiknya dirasakan rakyat, pendapatan menurun di kalangan mereka yang menganggur tak ketera, apatah lagi bagi mereka yang menganggur ketara, Apa lagi ? isu yang melayang dan masuk ke cuping rakyat, adalah seperti kualiti air, TNB yang mendengungkan kerugiannya, petronas yang minyaknya hampir habis, pengguna yang kini termenung panjang sebab pendapatan dan gaji diperoleh tak cukup, dan dalam masa yang sama pemimpin BN mencurahkan projek mega kepada golongan tertentu...pemimpin bercakap duit kita ada, rakyat bercakap duit kita tak ada, kapatalis bercakap kita nak untung, masyarakat misikin bercakap bebaskan kami dari kemiskinan. Golongan agamawan bercakap, perselisihan apa yang sedang terjadi, samapi masjid dan gereja di bakar ? .....RAKYAT BOSAN......BOSAN....DAN BENCI ?

Kini harapan rakyat hanya kepada oposisi- pakatan rakyat, menunggu masa untuk ubah kerajaan BN yang telah lama diberi peluang tetapi perangai tak berubah, menyanggak, menyamun, dan tak bertanggungjawab, mereka sebenarnya telah menghina pemimpin terdahulu, mereka perosak idelisme perjuangan, kerana apa ? Gila kuasa dan harta, Gila pangkat dan betina ? Rakyat akan terus di mangsakan dan dibinaskan, mereka yang berpoya poya terus kaya....lihat Wilayah Iskandar akhirnya jadi milik siapa, lihat gedung gedung besar siapa dibelakang pemiliknya,,,konon benci pada israil tapi mereka menjadi pendokong kuat kepada rejim ganas itu...pengkhinat bangsa dan negara ? Pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan, rakyat menangis hanya kerana tak dapat memberi anak wang sekolah untuk kesekolah, ada rakyat mengadu terpaksa makan ikan tri dan ikan kering, sedangkan pemimpin gemok dengan kekayaan dan makanan lazat ? Pendayus pemimpin yang ada, semoga mereka di sumpah menjadi binatang buas ?

Sabarlah saudara saudara ku yang di dalam kesusahan, pasti kita hapuskan kebatilan  dan menegakkan kebenaran, ingatlah Allah akan bersama kita, berkat sabar dalam menempuh dugaan, tapi ingat kita tidak akan berubah jika kita tidak berusaha merubah negara ini, agar ianya di pimpin oleh golongan yang amanah, mari kita terus berjuang untuk menegakkan keadilan, dan Parti keadilan Rakayat adalah wahana terbaik untuk terus memperjuangkan keadilan untuk semua, amin semoga kita tidak berpatah semangat untuk terus berjuang mendaulatkan negara kita, mudah mudahan kita berjaya didalam menghadapi pru ke 13 nanti.

Fikir fikirkankah ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan