Khamis, 17 Februari 2011

MENGGABUNGKAN PENGISTILAHAN INOVASI ATAU PENCEMARAN ?

Saudara Pembaca,
Hari ini jika kita meneliti ramai orang berminat mengunakan kata yang di singkatakan dari sesuatu makna yang dituju dengan maksud dan tujuan tersendiri atau kesepakatan penggunaan yang membudaya tanpa di wartakan penggunaannya, ia membudaya di tengah masyarakat  yang berkembang dengan pelbagai pandangan dan pendapat, dari anak anak muda, mahu pun oorang dewasa sering mengunakan kaedah tersebut, siapa saja boleh menciptakannya dan siapa juga boleh berkata penggabungan itu ringkas,mudah,bagus maupun sebaliknya.Apa yang menjadi tertibnya dalam pengistilahan bahasa adakah ia benar,betul atau sebagai suatu pencemaran, marilah kita mencuba menyingkatkan istilah perbuatan di dalam satu kalimat dan ia akan jadi seperti apa yang ada padanya, seperti berikut:

Kementerian Perdagangan ; Kemdag
Kementeiran Pertahanan MalaysiA : Kepertama
Asal boleh : Asbol
Aku Cinta Kamu : Acika
Suka ponteng : Supon.
Jalan cepat : Jacep
Ibu Tunggal :Itung
Benci tapi sayang : Bentasa.

Gabungan perkataan ini, semacam janggal, tetapi jika ianya di fahami oleh setiap rakyat,bermakna sudah membudaya, dan seturus akan menjadi penggunaan biasa di gelanggang harian, apa akan jadi jika ianya membudaya, tidakkah ia merosak bahasa atau mengembangkan istilah baru di dalam pemakaian perkataan, mampu kah ia berkembang atau berkembang, terserahlah kepada sikap dan adat,serta persepsi kita di dalam menghadapi arus ini. Tanya pada diri. Inovasi atau pencemaran ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan