Sabtu, 28 April 2012

AHLI UMNO LAPORKAN PUAD JAKARZI SALAH GUNA KUASA TERHADAP PENGURUSAN TANAH UMNO BATU PAHAT.

Seorang Ahli Vetran UMNO dan Bekas ketua UMNO Cawangan Teras Perdana batu Pahat, telah melaporkan kepada Parti KITA, bahawa telah wujud salah guna kuasa Puad jakarzi selaku ketua UMNO bahagian batu pahat, dalam Isu tanah UMNO Batu pahat di simpang rantai. Tanah tersebut yang bernilai berjuta ringgit teah disalahgunakan dengan cara tidak mendapat persetujuan dari seluruh ketua ketua UMNO cawangan di dalam kawasan Parlimen batu Pahat P.150. Tanah tersebut di laporkan telah di jual kepada sebuah syarikat bukan melayu di daerah ini dengan terma terpilih. rungutan ahli dan ketua umno cawangan terhadap kes ini adalah sirius, dan beliau adalah seorang yang tidak bertanggunjawab di dalam menguruskan amanah rakyat menurut Hj salam selaku bekas ketua UMNO cawangan, selanjutnya beliau meminta Puad mengembalikkan hak nya ke atas tanah tersebut kerana beliau masih ahli UMNO, jika tidak berbuat demikian beliau akan membuat tindak dengan cara yang dipikirkan perlu.Sementara itu Drs mohd zaid selaku ketua parti Kita menjelaskan mengenai isu ini, sebenarnya merupakan hilangnya kepercayaan saya terhadap parti UMNO ini, kerana sejak dahulu lagi saya telah membangkitkannya ketika saya menjadi ahli UMNO, oleh kerana pemimpin UMNO di Pusat, negeri dan kawasan buta maka saya pikir mereka tidak layak untuk meneruskan kepimpinanan negara, maka itu harapan saya parti KITA akan terus berjuang untuk rakyat dan jika ada ahli UMNO dan mana pihak yang sudah tidak yakin kepada perjuangan UMNO saya pelawa mereka untuk menyertai parti KITA , demi membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air ini, ujarnya ketika merasmaikan gerak gempur parti KITA Pru 13 di Kg istana batu pahat lewat tadi malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan