Isnin, 23 September 2013

ANGKAT PEMIMPIN BUKAN PEMIMPIN YANG MENGANGKAT DIRI SENDIRI.

Pastikan, jika ada yang meminta untuk menjadi pemimpin,sebenarnya mereka tidaklayak memimpin,melainkan rakyatlah yang bersuara si dia itu layak untuk di angkat sebagai pemimpin, trend pemilihan di dalam sesebuahparti akan menjadi rosak,apakala mereka yang menawarkan untuk menjadi pemimpin sudah memulakan langkah salah, dengan menawarkan diri, sebaliknya biarlahrakyat yang menawarkan diri seaorang yang layak untuk di pilih. Kecanduan menjadi pemimpin akan membuat rakyat dan negara akan rosak binasa,Apa yang penting adalah tanggungjawab memilih sesaorang sebagai pemimpin oleh rakyat mestilah berlandaskan pada ilmu, melihat kepada pengalaman,ilmu,sikap dan latar belakang untuk di angkat sebuah perjuangan. Kembalilah kepada rill yang betul, supaya rakyat tidak rugi,dan kebodohan tidak kembali berulang ulang, landasan paling utama dari rakyat dan pemimpin adalah IMAN,tanggungjawab bukan saja pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan rakyat serta negara,tetapi tanggungjawab yang berlandaskan nilai ibadah dan hakikat keberadaan kita berada di pentas dunia ini, salam perjuangan untuk mereka yang berjihat ke jalan allah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan