Ahad, 20 Disember 2015

Ada Apa ?

Ada apa pada diri
jika diri tidak di kenali diri
Ada apa pada hati
jika keras hati seperti batu
Ada apa pada lembut hati
jika hati tidak ikhlad
Ada apa pada mata
jika masih buta
celik tapi tak melihat
Ada apa pada telinga
jika tidak mahu mendengar
jika mendengar seperti bingar.
Ada apa pada mulut
jika cakapnya sedap mulut
ada apa pada sedap jika mulutnya
tak mampu mengunyah.
ada apa pada kaki
jika menjadi kaki kepada yang lain.
Ada apa pada kita
jika tiada rasa kekitaannya.
Ada apa ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan