Tambahan 1 dari 10 menjadi 11 : SUKA BERCAKAP BOHONG ,FITNAH,TIDAK JUJUR, TIDAK AMANAH, AWASI DIRI ANDA DARI PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK ANDA.
Zaman sekarang fenomena otak rosak
semakin merebak. Kenapa perkara ini boleh terjadi? Perkara-perkara di
bawah adalah punca mengapa otak kita boleh rosak.
- Tidak mengambil sarapan pagi. Apabia seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkna kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannnya kurang aktif.
- Terlebih makan, ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
- Merokok, asap rokok akna mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
- Penggunaan gula yang berlebihan. Pengambilan gula secara berlebihan akan menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan menggangu perkembangan otak yang sihat.
- Pencemaran udara. Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
- Terlebih tidur adalah bagus untuk merehatkan tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
- Menutup muka ketika tidur. Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbondioksida berbanding oksign dan ini akna membawa kerosakan kepada otak.
- Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
- Kekurang berimiginasi. Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kcerdasan atau keaktifan otak menurun.
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecrdasan otak kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan