Jumaat, 24 Januari 2014

KEPRIBADIAN NEGERA KEPRIBADIAN APA ?



Hijrah dan Kebangkitan Ummah.
Jika kita ingin maju ke hadapan, maka kita harus toleh kebelakang melihat apa jua kelemahan yang telah kita lakukan samada dengan secara sengaja atau tidak, kita harus melihat relaiti kini, dan seterusnya kita pun menghijrahkan diri untuk menghadapi masa depan yang kian mencabar. Hari ini Negara kita di rundung oleh semangat kekelompokan yang kuat, semangat kelompok dan kroni  itu tentu akan memberi  kesan yang kita sedari atau pun tidak, paling tidak kita adalah menjadi pendorong kepada pengujudan delima  pembangunan Negara ini. Wah hal semangat yang harus kita bawa adalah semangat memilihara Negara ini, dengan  wadah kekitaan iaitu KE Malaysia AN , dengan sebab kita mencintai Negara tentulah kita akan menentang segala bentuk yang boleh merugikan  kepada rakyat dan Negara ini. Menuding maupun menuduh mana mana pihak telah melakukan kesalahan, demi semata mata untukmenengakkan kebenaran yang ada asasnya tentu meletakkan kita sebagai insan yang bertanggungjawab, tetapi lebih dihormati lagi tanggugnjawab itu jika ia diiringi dengan cadangan cadangan pemulihan untuk mengatasi apa juga masallah yang dihadapi oleh Negara dan rakyat. Jarang sekali kita melihat persamaan pendapat diatas kepentingan rakyat di Negara ini, melainkan pertentangannya merujuk kepada kepentingan untuk parti politik masing masing, lantas itu setiap pihak akan menjagohkan kumpulanatau parti yang mereka wakili, sedangkan tanggungjawab setiap pemimpin di dalam mana mana parti harus mengangkat kebenaran yang sebenar untuk rakyat, cadangan cadangan yang merugikan rakyat sepatutunya di tolak secara bersama, tidak perlugusar dan takut jika kitamewakiliparti yang telah salahmembuat keputusan dan menentang keputusan itu demi memperbetulkan kembali, malah acapkali rasa takutkan hilang jawatan kita, tidak sanggup bercakap benar, maka itu apa pun yang ingin saya ungkapkansekedar biasa dan mudah saja, iaiatu hijrahlah untuk kepentingan rakyat dan Negara ini untuk menjadi lebih baik dan sempurna sebagaimana yang telah dianjurkan oleh islam, agar kita tidak menjadi pengkhinat kepada diri sendiri,bangsa,agama dan Negara, ingat sesungguhnya politik bukansemata mata berada pada landasan kehidupan, tetapi akhlak adalah unsure yang mempengaruhi kebaikan kebaikan yang akan dicerna maupun di warisi oleh kita, dan selamlah berhijrah kepada yang lebih baik untuknegara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan