Jumaat, 24 Januari 2014

PERMOHONAN PERTUKARAN NAMA BATU PAHAT KEPADA BATU KONG.

BENARKAH ? nama Daerah Batu pahat hendak di tukar kepada Daerah batu Kong, sebutan ini saya dengan dari seorang rakan yang duduk di BP walk jalan rahmat, katanya " Perkataan Kong itu, di ambil dari hujung Hong Kong", saya bertanya kepadanya, kenapa ada cadangan seperti itu, dia menjawab " Seluruh jaan rahamat,jalan utama di bandar batu pahat, telah di hiasi dengan tanglong Cina " ,saya pun fham maksud kawan saya itu, lantas saya katakan kepadanya, sebenarnya tak lama lagi hari raya Cina 'IMLEK", sebab itu hanya setahun sekali saja, apa salahnya. Berilah kesempatan kepada mereka, dengan bersahaja dia menemplak jawapan saya itu,katanya "orang cina ini,kalau di bagi betis, nak peha, naik sampai kepala dan nak pijak kepala orang melayu " Tiba tiba dia naik angin, meroyan dan bercerita pula tentang sekolah cina yang dapat peruntukan kerajaan, ceritanya berjuta dan hampiri keseluruhan dekat billion,masih tak mahu sokong kerajaan,katannya lagi, lalu saya tanya dia lagi, adakah itu salahorang Cina? Adakah mereka perlu di hukum sedemikan rupa ? dan benarkah orang cina ada niat jahat pada orang melayu. katanya lagi yang pasti mereka itu ada niat bukuk, mereka itu bangsa penumpang di negara kita, mereka itu naik tocang, mereka itu extremis kaum...."pokoknya macam macam saya dengar dia membelasah orang Cina., kata itu ini, Katanya lagi bangsa ini tak tahu di untung, bangsa ini ibarat senjata makan tuan, bangsa ini bangsa haprak dan pengotor, bangsa ini mencari kekayaan sendiri dan menindas orang lain. Setelah saya mendengar satu demi satu apa yang di katakan nya itu, tiba tiba mulut saya menyentak, lalu saya katakan STOP STOP STOP STOP!, TAK baik menghina, Dia berbunyi lagi, katannya apakah saya ini menyokong orang cina, henya kerana memberhentikan kata katannya itu, saya menjawab tidak, tidak,tidak, saya bukan menyokong orang cina atau Melayu, saya hanya ingin meletakkan yang hak di tempat haqnya saja. Saya katakan pada sahabat saya itu, jika perspesinya tentang cina bergitu, begitulah...itu persepsi anda kata saya. Namun kata beri saya peluang untuk sedikit saja bercakap, dia pun tergamam, lantas diaberkata, ok silakan,sayamendengar sedikit yang hendak kamu ungkapkan itu. Dengan nada serius saya berkata, baru sebentar tadi saya dari bukit perdana, dalam jalan yang separa gelap saya menghentikan kereta saya di tapak paking, dan saya melihat ada seorang cina lelaki dan perempuan yang lingkungannya berusia 60an, seusia emas,..saya perhatikan apa yang dia buat, Ternyata dari satu rumahkedai kesatu rumah kedai,ada tong sampah, dan sepasang suami isteri yang kamu sebut cina itu, tidak kaya, ...sayalihat mereka mengutip sampah,kota, dan menyusun satu persatu, dan saya tak puas hati bertanya kepada sepasang suami isteri itu, buat apa ? dia jawab ambil kotak untuk jual !,wah...ini yang dikatakan cina kaya, tengah malam,sedang ramai orang berehat tidur, sepasang suami isteri berjalan sambil menyosong kotak kosong yang menjadi sia sisa dari kedai yang ada. Saya pun berkata jangalah kamu sangka semua cina itu kaya, ada juga cina miskin, tak makan, mintak sedekah, jadi penyamun kerana nak besarkan anak dalam keadaan ekonomi yang serba susah kini, Namun kalau kamu cakap cina cina yang kaya itu dengan satu persatu kamu sebut itum saya akui dan saya sanggup senaraikan, merekalupa diri dan lupa daratan, sehingga bangsa mereka sendiri merekaperas dan tindas, jadi permohonan untuk menukar nama batu pahat kepada batu Kong itu,hanyalah sindarankamu saja, kata saya kepadanya. lalu saya menambah, apa yang patut Majlis perbandaran Buat, adalah mempersiapkan setiap hari kebesaran dan hari rayadalam kadar dan bentuk yang sama meriah, supaya tidak terpandang semacam ada perbiezaan, hal iniperlu di fikirkan oleh penguasa tempatan, jika mereka masih memerulkan kerukunan hidup berbangsa dan bernegara di malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan