Selasa, 21 Januari 2014

GUNONG BANANG AKAN RUNTUH ?









                                                   JADILAH PENGUASA YANG AMANAH
                                                   URUSAN MENJAGA GUNONG BANANG.


Aku merangkapkan kisah gunung banang ini, ada kaitan dengant idak jauh dari kediaman ku di Bukit perdana, sebagai suatu yang di anggap gunung itu punya lgenda dan historis, dan sudah beberapa kali ke sana, kawasan perhutanan yang kian tercemar,sangat menyedihkan lagi memilukan, benteng dari laut, paku pasakbumi gunong itu telah di ceroboh oleh perompak berlesen, akibatnya jumlah jutaan ringgit telah di layarkan ke singapura, dengan mengeluarkan hasil bumi "batu batan di kawasan itu ", malang dan malang sekali penduduk batu Pahat, Jika nanti banjir besar melanda, gunong itu kan bergoyang rekah, aliranair dapat menembusinya, lebihlebih lagi menerusi pantai minyak beku dan sungai batu pahat, jadilah penguasa yang bertanggungjawab, belajarlah dari legendaris gunong banang dan sejarahnya, di sana Banyak rahsia dari tok putih dan datok Juragan yang masih tak terungkapkan.

 



Gunung Banang ni adalah sebuah bukit sahaja. Tapi sebab ia kelihatan seperti sebuah gunung dengan menara pemancar kat atasnya, maka orang memanggilnya Gunung Banang. Beza antara bukit dan gunung adalah kurang jelas dan merupakan suatu bidang subjektif. Yang jelas adalah bukit lebih kecil dan kurang curam berbanding gunung (tapi ada jugak bukit yang curam kn).  Oxford English Dictionary mencadangkan batas 2000 kaki (610 meter) untuk membezakan bukit dan gunung, manakala Kamus Dewan hanya mencadangkan had 1500 kaki (457.2 meter). Tapi Gunung Banang ni cuma 1402 kakI. Cerita gunong Banang ini ada kaitan dengan walinong sari, dan di rangkapkan seperti berikut:
Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayanga.

1 ulasan:

  1. Terbaik Tuan.
    Jazakallah.
    Memang ramai yang tidak tahu Lagenda Puteri Gunung Banang ni sebenarnya.

    Terimakasih berkongsi maklumat.
    Menurut cerita orang tua-tua di Batu Pahat, di Gunung Banang atau Bukit Banang itu tempat tinggalnya Wali Allah yang di gelar Embah Waridin yang hidup secara ghaib sehingga kini.

    Semuanya atas kekuasaan Allah S,w,t.
    Wallahuaklam bissawap.

    BalasPadam