Jumaat, 3 Januari 2014

DI KAKI FAJAR INI.

Pagi dari sepagi pagi
Ya dari tadi tadi pagi,
aku menunggu pagi
dalam titian kesabaran
dan di pintu kejujuran itu
aku pun terlihat
Amanah diri
sedang berkata kata
kebenaran menutupi kebathilan
Kesusahan membuka lebar jalan mudah
Manakala pintu dan jendela seiring
dalam makna Bahagia dan tenang.
Apakah ia datang dengan begitu saja
tanpa ada ribut,taufan dan gelora,
maka hati pun menjawab kepada Jiwa
pada mu hanya ada satu peluang,
teruslah berjuang wahai jiwa jiwa pejuang
kerana bukankah
kasih,sayang itu masih menjadi benih kepada insan,
walau semalam dari jendala itu kelihatan sukar
untuk mengngkapkan, namun\pintu telah membuka mimpi
untuk menjadi kenyataan,
Mamapukah?
Jiwa akan menjawabnya,,,
aku hamparkan ambal itu sebagai titian amal
dan sampailah ke penghujngnya
aku ukir dan abadikan
semoga tinta ku tidak
berdarah lagi,
sebab sudah ada diri yang ku kenal
hanya dengan mengenal diri
menyerah dan menjejakinya
di kaki fajar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan