Ahad, 18 Oktober 2009

BN SEMAKIN KACAU : GERAKAN MINTA MASYARAKAT CINA JADI AHLI SAMA STATUS,BUKAN BERSIFAT SAYAP

Saudara Pembaca,
Parti gerakan nampaknya berminat untuk mencadangakan agar masyarakat cina masuk PAS, dan tidak menjadikan masyarakat cina sebagai kelas kedua di dalam Parti PAS, ini petanda baik dimana parti itu sendiri sudah tidak yakin dengan BN, walaupun nadanya macam menentang Pakatan rakyat, tetapi hakikatnya mereka menyokong pakatan rakyat, tahniah;-
PAS digesa beri keahlian penuh pada bukan Islam
Okt 18, 09 8:02pm
Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam.

"Sekiranya PAS benar-benar ingin menyerap rakyat bukan Islam ke dalam parti itu, PAS harus memberi keahlian penuh kepada anggota Kelab Penyokong PAS dan bukannya keahlia jenis kelas kedua yang hanya bertaraf sayap," kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang yang dilaporkan berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Datuk Seri Abdul Hadi mungkin telah terkeliru dengan ahli bukan Islam dari DAP dan PKR yang telah bekerja untuk jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat," kata Tan dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata Tan, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan kekecewaan rakyat, terutama golongan bukan Islam,terhadap dasar yang dicadang dan dilaksanakan PAS di negeri Pakatan Rakyat.

"Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS akan terus merosot sekiranya PAS masih gagal untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan agama mengikut perlembagaan negara kita," kata Tan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan