Sabtu, 17 Oktober 2009

PENGUATKUASAAN PENCEROBOHAN ALAM MEMBURUK DI BATU PAHAT, JOHOR.

Saudara Pembaca,
Jika anda ke Jalan Minyak Beku di Batu Pahat, sungguh sangat mengharukan, dimana pencemaran menjadi sesuatu yang sangat mendukacitakan, manusia sebagai pengusaha dikawasan tersebut sudah hilang akal mereka menjadi rakus kepada wang dan tidak mahu sedar pentingnya menjaga kebersihan udara, kesegaran hutan dan menjaga gunung ganang. Malahan Pengusaha  dikawasan tersebut telah meletupkan batu batu gunung dan akibatnya gunung di kawasan pantai minyak beku dan di kawasan petani Batu Pahat menjadi gondol dan kritikal, jauh dari itu mereka melakukan kegiatan memecah batu secara haram, dan paling menyedikan penguasa Alam sekitar menjadi buta atau sengaja membutakan mata mereka terhadap kes kes kegiatan haram yang merosakan alam sekitar. Fikir fikirkanlah sesungguhnya kedudukan alam sekitar semakin hari semakin kritikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan