Sabtu, 3 Oktober 2009

KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN

Saudara Pembaca
Adalah penting mereka dudu semeja memikirkan nilai positif untuk rakyat daripada memiliki ego diri, kerana rakyat sedang memerlukan mereka untuk menegakan keadilan dan kebenaran, saya melihat perbezaan pendapat ini adalah bergantung kepada cara perlaksanaannya, dan sebab itulah jawarankuasa tertinggi di dalam pakatan haruslah memainkan peranannya untuk mencerminkan apa yang di laksanakan adalah emata mata untuk rakyat di selangor,tanpa menyebabkan setiap insan yang lain merasakan diri mereka tertekan, bergitulah saya fikir dari kenyataan seperti di bwah ini yang cuba di ambil.
Pemimpin DAP, PAS S'gor bertemu 7 Okt

Abdul Rahim Sabri
Okt 2, 09
7:42pm

Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - PAS dan DAP di Selangor - akan bertemu untuk berbincang bagi mengatasi perbezaan pandangan di kalangan pemimpin kedua-dua parti pada 7 Oktober ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Menurut Mustafa, kemungkinan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

"Akan ada pertemuan pimpinan peringkat negeri antara PAS dan DAP. Kalau ada sedikit sebanyak salah faham, akan diselesaikan. Pada saya, nampak macam dah reda," katanya Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Menurut Mustafa, pertemuan tersebut hanya membabitkan pimpinan PAS dan DAP di peringkat negeri tersebut.

Manakala, pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti tidak terlibat dalam pertemuan tersebut, tambahnya.

Bagaimanapun, Mustafa tidak menjelaskan di mana dan masa pertemuan itu berlangsung.

Beliau mengulas isu mengenai tindakan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali yang sebelum ini telah mengkritik Selcat yang didakwanya telah mengaibkan kakitangan kerajaan melalui siasatan awamnya..

Tindakan Dr Hasan yang juga exco Selangor itu dibantah pemimpin DAP Selangor yang menyifatkannya sebagai seorang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira".

Mustafa juga berkata tidak berbangkit soal PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Berita itu tak tepatlah. Pada saya, isu itu bukan isu lagi. Cuma saya minta semua pihak dalam PAS dan yang lain, supaya tidak membuat kenyataan terbuka menghentam satu sama lain.

"Saya harap tidak dilakukan secara terbuka, apa-apa pun dibincangkan secara dalaman, kita ada mekanisme," katanya.

Mengulas lanjut berhubung pertemuan tersebut, Mustafa optimis kedua-dua pihak mampu mencari jalan pernyelesaian berhubung isu Selcat itu.

Dalam sidang media yang sama, Mustafa berkata beliau masih belum menerima laporan atau surat daripada PAS Selangor meminta tindakan displin diambil terhadap Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam mengkritik Dr Hasan, yang juga ADUN Gombak Setia, berhubung isu Selcat itu.

Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk mengambil tindakan displin ke atas Khalid, Mustafa berkata:

"Tak berbangkit isu ini, sebab saya tidak terima apa laporan. Tindakan displin ini hanya boleh dikenakan sekiranya jawatankuasa displin ada terima cadangan,dan ada cadangan apa nak buat.

"Pejabat saya tidak terima apa-apa laporan sama ada sama ada terhadap Khalid atau terhadap Hasan," katanya.

fikir fikirkanlah,

Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan