Khamis, 5 Disember 2013

AGAR TIDAK SESAT.

Adalah sangat penting kita percaya kepada rukun Iman, termasuk mempercayai adanya mailakat dan yang gaib,serta hidup selepas mati.Namun dalam kita mempercayai hal yang gaib, jangan lah kita terseleweng dan bertukar kefahaman, dimana sesuatu yang bakal terjadi di hadapan itu hanya Allah yang mengetahuinya, manakala rashia Insan lain adalah TIDAK wajar di ceroboh melalui Ilmu gaib oleh mereka yang berkepakaran mengenai al tersebut. Apa pun yang penting akidah harus di pelihara sebaiknya, kalimah syahada mestilah di dalam nubari dan amalan taat kepada Allah dan rasulnya adalah yang utama. Maka itu apa pun tindakan kita jangan sampai tergelincir dari menjadi syirik, dan kita mestilah bertobat jika kita tahu sesungguhnya pegangan kita yang salah itu sedang menjadi amalan, manakala itu sujud kepada Allah, mohon petunjuk daripadanya dan tinggalkan sesuatu yang bersifat mennyukutukannya. Berpeganglah kepada Allah melalui apa yang telah di sediakan kepada kita iaitu Al Quran, dan Sunnah Nabi,iaitu Hadits, sesungguhnya kita tidakakan sesat buat selama lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan