Hari ini pukul 2.14 pagi, saya baru pulang setelah berjumpa dengan seorang sahabat dan istrinya, perjumpaan itu dari solat isyak hinggalah ke jam 2.00 pagi. Apa yang menarik, adalah apa yang tidak pernah saya menduga. Perbualan santai saya dengan sahabat saya ini memberikan banyak imput yang sebelum ini saya tidak tahu, terlalu dangkal untuk saya berfikir, dan terlalu sulit untuk saya tuangkan di dalam nota ini. Kisah bermula kebiasaannya merenung jauh, terhadap mereka yang menghadapi kesulitan, kezaliman dan penindasan. Saya memanggil sahabat saya ini dengan perkataan "abang " saja, dan isterinya itu saya memanggil dengan perkataan "kakak". Abang yang saya kenali ini sangat merendah diri, namun tanggapannya jauh menembusi butiran bicara, malah tidak keteraluan saya katakan dia sering membaca dari dalam dan tembus sampai keluar, dan dari isi sampaike kulit. Saya menceritakan suatu kepadanya tentang aduan aduan ummah samada dari kaum hawa atau kaum adam yang merudung kesedihan.Sambil meneguk secangkir kopi, saya pun memulakan bebrapa pertanyaan santai kepada abang yang saya maksudkan. Saya bertanya kepadanya punca kerosakan rumah tangga, bahtera keluarga, yang kni di mana mana mengalami hiruk pikuk percerian, hilangnya kasih sayang suami dan Isteri, dan aduan ini saya sampaikan kepadanya untuk memperinci kedudukan sebenarnya dari kes kes yang di laporkan kepada saya. (Buat malam ini saya rungkai nota ini secara ringkas,sebelum esok saya kembali untuk menyambung kembali ).Tadi, kata saya kepada abang "bahawa seorang isteri telah mengatakan suaminya berkahwin lain dan menghilangkan tanggungjawab sebagai suami yang telah tidak memberikan nafkah kepada isteri dan keluarga. Abang dengan tenang bertanya saya siapa nama perempuannya itu dan nama suaminya. Saya pun memberikan nama yang lengka kepadanya, lantas dia pun menghuraikan dari mana, proses apa yang terjadi,kekalutan apa yang membelenggu dan impak apa yang terkini berlaku. Semuanya jelas dan keterangan itu di beri secara langsong, ibarat rancangan siaran langsong yang saya menontonya. Ternyata perempuan tersebut membenarkan keterangan dari awal hiingga akhir telah hadap apa yang di ceritakan oleh abang itum terhadap suaminya. Namun kesimpulan panjang yang dapat sayapendikan adalah soal "NIAT", jika kita berbuat sesuatu itu dan terjadinya sesuatu itu adalah di iringi dengan niat, maka hasilnya jugadapat di saksikan dari niat itu sendiri, semoga kehidupan kita ini hendaknya haruslah melurusskan niat dengan betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan