Khamis, 28 November 2013

TUBUH YANG TELAH MATI BIASANYA..?

Dia bertanya saya, biasanya kita mendengar perkataan " sebaiknya ". Apa sebaiknya itu. Jadi pelik saya medengar soalan ini dan kenyataannya itu. Lantas da sendiri menjawab, sementara itu saya mendengar dari soalan dan jawapannya itu. Katanya " sebaiknya itu adalah tubuh ", kenapa dengan tubuh? semua yang hidup pasti akan mengalami kematian. Berapa ramaikan ummat manusia menjaga tubuhnya, sebagai amanah dari Allah. Ramai pula yang berkata mereka menjaga tubuh mereka dengan membersihkan setiap hari,malah mengambil wuduk. Lalu dia menyambung lagi  mandi yang bagaimana dan wuduk yang bagai mana ,yang suci. Apa yang perlu kita tahu katanya dalam tubuh manusia itu ada 6666 rekah dari setiap penyambung, ada 6,666 urat, takkala sesorang itu mati dan mayatnya di mandikan, basuhan terakhir terhadap tubuh mayat itu adalah dengan air kapur barus, maka ketika jirusan itu berlaku mayat akan merasa kesakitan, dan tulang pada setiap seperti ruas,atau penyambung antara satu dengan lain pun berbunyi. Setelah siap jenazahdi mandikan dan di sembayangkan,maka jenazah itu di kebumikan dan masukalah tubuh itu ke dalam liang lahat, dan terpisahlah roh dan jasad, dimana stuasi pada ketika itu dikatakan jasad duduk seperti tahyat, namun ada juga yang tidak duduk seperti tahyat,atau terlunjur, atau apa juga bentuknya kedudukan jasad itu,bergantung kepada amalan mereka. Roh tersebut mengeliling tubuh atau Jasad sebanyak 7 kali,seperti umpamapusingan tawaf, maka berpisah lah mereka. maka setiap dariwaktu membawaperubahaan kepada tubuh, jika tubuh itu seorang yang mati jihad dan syahid, tubuh itu tidak akan rosak binasa, tetapi jika tubuh  itu banyak melakukan maksiat dan mungkar, maka menerimalah tubuh itu sebagaimana yang di terima mengikut hukumannya. Lazimnya orang tua dahulu menyebut waktu 3 hari dari jenazahdi kebumikan, matanya akan pecah,7 hari perutnya pula akan pecah,begitu lah seterusnya 40 hari dan 100 hari dari kematian mereka yang berkait dengan kemusnahan  jasad. Roh pula berkata kepada jasad, terhadap hukuman yang bakal di terimanya, maka itu sewaktu hidup kita pengendalaian tubuh kita adalah makna sebaiknya kita mengurus,agar urusan terhadap tubuh itu,tepat,benar dan betul Seumpama ,Mata,telinga, mulut, hidung, rambt, kaki, tangan dan sebagainya akan menjadi saksi dari apa yang kita lakukan di atas persada dunia ini, manakala saksi saksi ini semasa kita hidup di dunia,sering terabai,tanpa di sucikan secara haq, malah ramai insan tidak menyedari tanggungjawab merekamemelihara secara tepat,bentul dan suci terhadap tubuh sendiri, maka itu tubuh menjadi merana dan roh juga turut merana di dalam penjara yang mengikut kehendak dari perbuatan dan tindakan merekadi pentas dunia.Hal ini berbeza dari orang yang menjaga tubuh mereka,dan perjuangan tubuh mereka itu di bersihkan dan disucikan, maka tubuhnya itu tidak akan tanggup di mussnahkan oleh tanah dan makhluk perosak, dan terpeliharlah tubuhnya, seperti yang pernah kita melihat pembongkaran kubur, untuk tujuan tertentu, dan jasad mereka yang telah meninggal sekian lama itu masih utuh tanpa ada apa kerosakan sedikit pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan