Jumaat, 29 November 2013

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM ? SEBUAH PERJUANGAN BERTINDIH.

Saya pecaya, sekiranya ummat Islam tidak mencegah kemungkaran di negara kita, pasti Allah s.w.t. akan menurunkan bala bencananya kepada rakyat di negara Ini.Namun saya tahu ada orang tidak pecaya dengan hukuman Allah, malah mengherdiknya, yang pasti apabila kemunafikan kuasa dan politik menguasai pola fikir mereka, tentu sekali saatnya pasti tiba kepada setiap individu yang berbuat demikian akan menerima musibahnya. Hal ini banyak yang telah dituangkan di dalam Al Quran, dari peristiwa ke peristiwa di zaman nabinabi, sehinggalah suatu kaum itu di lupuskan oleh allah s.w.t. di sebabkan mereka menentang hukum Allah.(Anda boleh semak sendiri dalam Al Quran).Apa pun isu hari ini adalah soal penguatkuasaan hukum agama, menjadi nombor 2, sedangkan kedudukan perlembagaan terkadang ada pertindihan dengan kepentingan hukum agama. Saya mengambil contoh sebelum ini, seperti soal haram merokok di kalangan orang islam oleh majlis fatwa, manakala kilang rokok dengan pengedarannya berleluasa, contoh lain mengenai maksiat dan perjudian, yang juga hidup subur di negara ini, di sudut yang lain aktiviti membentrasnya di jalankan secara tidak total. Alangkah anehnya,bagi Malaysia yang telah mengistiharan secara rasmi, negara ini adalah sebagai sebuah negara islam, tetapi dalam masa yang sama pusat pusat perjudian dan hiburan tumbuh subur. Apa masallahnya? ingin ikut hukum agama atau ingin ikut ketentuan perlembagaan, yang mendukung cita cita demokrasi dan kebebasan, namun demokrasi dan kebebasan yang mengundang akhlak buruk kepada masyarakat. Maka itu lahirlah dan terserlahlah pemimpin munafik, di satu sisi mempertahankan hukum agama,dan di sisi yang lain menegakkan maksiat, dengan mengeluarkan lesen rumah hiburan dan perjudian. Apa dah jadi ?dan apa pula hala tuju malaysia kini, jika hal ini terus berkesinambungan, tunggulah padahnya,lebih lebih lagi tanggunggawab menjadikan ummah sebagai insan beragama islam disepikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan