
Kini manusia menghadapi ancaman alam, dan bencana terus dibimbangkan,kerana ia meragut nyawa ratusan ribu ummat manusia, akibatnya kesediahan ummat manusia itu menjadi melata.Pada hakikatnya manusia leka dan lalai, mereka sering menyangka diri mereka hebat dan saling bersaing dengan keangkuhan dan kesombongan, padahal hidupnya mereka di pentas dunia ini adalah memikul amanah yang telah ada perjanjian sebelum ini dan sebagai khalifah yang mesti mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Apa pun sikap manusia yang sering lupa itu, telah Allah ingatkan dengan pelbagai bentuk pengajaran, apakah mereka masih tidak mahu berfikir dan berubah ?
Ingatlah pada surah an Naml:88: Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanyadiam membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan. (demikianlah) perbuatan Allah yang telah berbuat sesuatu dengan serapi rapinya dan sebaik baiknya. Sungguh dia amat dalam pengetahuannnya,akan apa yang kamu lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan