
Pagi Jumaat ini, saya mendahulukan untuk berbicara maksud Al quran yang di sebuat sebagai sebuah kitab yang tersusun ayat ayatnya dengan tetap dan teguh,kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu,maka susunan dan penjelasan itu adalah dari sisi Allah yang amat bijaksanan ,lagi amat mendalam pengetahuannya. (surah Hud1).Pada surah al Hijr(9) pula diterangkan maksudnya :sesungguhnya kamilah yang menurunkan al quran,dan kamilah yang memilihara dan menjaganya.
Hari ini, kita melihat dunia dipenuhi dengan bencana Alam, banjar, meletus gunung berapi, angin ribut dan taufan,tanah longsor, kepanasan yang melampau, malah kedinginan yang tidak mengikut suasana seperti biasa yang seharusnya dihadapi oleh alam dan manusia sebagai penghuninya. Maka dicelah celah itu pula, kita dapat melihat, ragam politik yang pentasnya di cerobohi dengan kezaliman, peperangan, penindasan dan penipuan besar besaran, yang mengorbankan orang orang yang benar dan jujur. Tidakcukup untuk itu,pelaku pelaku politik digelapkan dengan korupsi, dan mengkhiri sikap golongan kapatalis yang sudah tidak lagi memikirkan nasib orang orang kecil, dan miskin,nasib golongan kurang upaya dantidak bermaya untuk memperoleh pendapatan, dengan demikian penindasan ekonomi menjadi letakan kepada batin rakyat, apa tidaknya, kenaikan harga barang keperluan menyebabkan mereka terhimpat dengan keperluan untuk hidup.

Maka perlulah kita sedari, bahawa kembalilah menjaga amanahAllah itu dengan baik, sebagaimana dipinjamkan kepada kita untuk menghuni dunia ini,sebagai suatu ujian dan cabaran, tangggungjawab dan hak yang seharusnya kita laksanakan dengan sempurna. namun adakah manusia mahu berfikir ?Jika bencana melanda kepada mereka hanya tangisan yang dapat diluahkan,tetapi apakah mereka tidak merenungkan perbuatan apa yang menyebabkan mereka terpenjara dari peristiwa ke peristiwa yang dialami itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan