Selasa, 26 November 2013

ISU MELAYU: KERANA ISALAM TIDAK MENGAJAR KITA SEPERTI ITU .!

Saya terpanggil dari suara hati pribadi untuk bercakap soal isu Melayu: Ada apa pada Isu Melayu. Kepada saya jika hampir 100  tahun kita merdeka sekalipun, sudah sememangnya Isu melayu tak akan selesai, isu Cina dan Inda juga tak akan selesai, kerana Isu yang berpaksikan kepada kaum dengan menghandarkan diri pemimpin untuk membela kaumnnya itu adalah sesuatu yang bersifat mutlak salah.Untuk apa kita bela kaum Melayu dari pemimpin Melayu, adakah untuk mendapatkan kemasyuran, Isu ini sudah lapok, negara malaysia hanya pada nama saja di wakili oleh pemimpin Melayu, tetapi isinya hangus dan terbakar, bukan kerana orang melayu sudah kehilangan kuasa, tetapi meletakkan isu melayu itu sendiri sudahpun memerangkap orang melayu di hujung tanduk. Orang Melayu bijaksana tidak akan bercakap soal kesempitan kaum, tetapi secara senyap membina setiap kaum yang lemah, membela setiap rakyat yang memerlukan bantuan, memerlukan rasa tanggungjawab yang berteraskan usaha Ibadah, bukan usaha menyejarah, berapa ramai pemimpin Melayu yang menjadi penjarah kepada bangsanya sendiri, sendiri boleh rasa, sendiri boleh tanya,dan sendiri boleh liohat begitulah kata kata anak muda. Pokok persoalnya untuk apa bicara isu Melayu, sebab isu Melayu sudah di bunuh sendiri oleh pemimpin melayu, bukankah rasuah pemimpin Melayu itu telah menyebabkan oran melayu itu sendiri di hina oleh bangsa lain, bukankah sebab terlalu menonjolkkan pemintaan untuk melayu itu  dan ini,telah merangsang bangsa lain merasa tidak puas hati kepada bangsa melayu, adakah itu suatu kebijaksanaan pemimpin melayu, dan adakah cukup dengan meracik racik kawasan di dalam menghadapi pru ke pru menyebabkan melayu boleh terus kekal berkuasa.Adakah dengan mengharapkan undi Melayu sendiri akan membolehkan melayu menjadi juara selesa politik di tanah air sendiri. Tak payahlah nak cakap soal melayu, selagi pemimpin MelayuHipokrit terhadap perjuangan bangsa sendiri, bukalah buku dan lihat macam macam isu Melayu dalam sejarah, semuanya bersifat memalukan melayu, kerana islam tidak mengajar cara kita seperti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan