Jumaat, 22 November 2013

TIDAKKAH BEGITU.

Tidak semestinya tidak
sepertinya tidak yang menidakkan
wujud dari sebuah kata tidak dari penghujungnya menjadi nyata.
Begelutlah dengan kata kata yang menidakkan
namun akhirnya sekali lagi terbukti nyata
akan datang suara dari langit
dan bumi turut terbatuk
kerana deru ombak yang melaut
di dasarnya sudah ada bahang
yang mencarikan batu beku dari kutub utara
Setelah berpisah dari benua
dan dari benua kan tiba salam bercantum
walau ada di sana yang kian karam di mamah bongkah batu
yang mengusur
maka negara salju itu membeku
dan mencair
setelah bumi tidak mahu lagi menyantun.
Tak ubah di Asia, seru tuhan
kan ku hancorkan di kau sehancor hancornya
di karna alpa pada agama
yang sekian lama untuk tidak mengajak berdusta,
maka guugurlah satu persatu dari keluarga Ghandi, dan keluarga Buthho
dari keluarga bung karno dan markos
yang terpijak di psir jerlus,
Tidak kah kamu melihat di tanah semenanjung ini
juga dari perlis sampai ke sabah
tercungkap di telaga buta
yang mendakap bau kapatalis
dan muntah rakyat yang berlagak demokratis
tersugkur lagi dari angin barat, meleret sampai ke temasik
yang terpenjara dari identiti palsu
tidak kah begitu
lagi sedih anak bangsa tersendu
namun yang berkuasa sendaw
di belakang pintu
namun jejak zaman,tak kan terlupa
tangan tangan kotor yang menoda
kerana sebentar lagi bencana terus melanda
tanpa di duga
terkujur lah utaan manusia
yang sudah terlewat untuk insafnya,
tidak kah begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan