Sabtu, 30 November 2013
SENJATA MAKAN TUAN.
Tadi malam, ada peristiwa yang saya fikir perlu di ungkapkan segera, sebelum terlupa. Hal ini, adalahsoal keris atau senjata yang mirip dengan keris,dengan pelbagai bentuk dan kegunaannya. Seorang teman bertanya kepada saya, sejak kebelakangan ini, kehidupannya di rumah semakin panas, saya pun mencelah,kata saya mungkin ibadahnya kurang,solat tinggal dan nilai rohani semakin menipis. kenyataan saya itu tidak di sapanya, malah dia meneruskan ceritannya lagi, dia kata "anaknya ternampak pontianak,rambut panjang, kuku panjang dan mata mereka, sementara dia sendiri melihat ada toyol yang sedang belegar di kawasan rumahnya, dan isterinya pula ternampak banyak ular datang meghampiri rumah mereka, manakala anak perempuannya berusia 18 tahun, sudah lama tidak tidor malam, malah asyik dengan merenung seperti menghadapi kemurungan.Dari stuasi yang digambarkan kepada saya itu, lantas saya mengatakan kepadanya mungkin ada makhluk halus di kediamannya, lantas dia pun mengesahkkannya dengan cepat sekali. Dari cakap cakapnya itu, saya terus menelephone seorang sahabat yang arif tentang makhluk halus, dansahabat saya itu pun datang berjumpa saya dan berjumpa dengan keluarga yang terganggu itu. Memendikkan cerita, setelah di siasat, di dapati di rumah tersebut terdapat 6 bilah keris, yang kesemuanya mempunyai makhluk halus, dan kesemuannya makhluk itu menganggu tuan rumah dan tuan punya keris ini, Sayabertanyakepada sahabat yang memulihkan rumah tersebut, kenapa samapai jadi begini, dia dengan bersahaja menjawab, Ada keris tapi tak pandai menjagannya, itulah sebabnya, keris keris ini mengamuk dan menggangu tuan nya sendiri, saya pun menyampuk, kalu begitu, ini lah yang dinamakan senjata makan tuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan