Rabu, 20 November 2013
TERAPI JIWA DALAM KEADAAN PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH
Sesungguhnya dari mula kita ingin tidur,tertidur dan bangun dari tidur, jiwa kita harus diterapi dengan menyerahkan diri kepada Allah, seluruhnya kita sentiasa mengingatinya, menyebutnya dan sentiasa kita merasakan segala kebesarannya. Apakala kita mengingatinya, lahirlah mengingati yang bersifat sentiasa,lahirlah tiada detik itu,tanpa putus kerana nya, dan keranannya itulah kita akan menikmati kemanisan diri, sebab jiwa kita telah diterapi dengan penyerahan diri secara total, tidak separuh atau suku, tetapi sepenuhnya. Lahirlah jiwa yang lembut, yang tenang, yang ikhlas, yang fana, yang serba kita sentiasa tidak mengetahuinya, melainkan ilmu yang ada pada kita itu,terlalu sedikit. Lantas sepenuhnya kita bertawakkal kepadanya,kerana dia adalah pemilik kita, dan dia tahu akan segala galanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan