Saya ditemukan oleh suatu takdir iaitu berjumpa dengan seorang sahabat baru, tapi orang lama, namanya iskandar.Dia cenderong berbicara soal alam gaib.Kami saling berbincang soal akal yang sering kecundang untuk menjawab persoalan gaib.Kami mengkususkan tajuk perbualan,yang kalang kala memberikanjawapan yang mengasihkkan dan tidak kurang menakutkan. Sebagaimana sebelumnya perbincangan itu berkisar kepada soal kesucian iaiatu suci dan kebersihan iaitu bersih dialam konteks mengenal diri. Tentunya fokus kepada wuduk sebagai suatu kaedah perlaksanaan.Kita semua tahu salah satu dari kesempurnaan solat itu adalah wuduk,tidak sah sesaorang itu solat tanpa wuduk, ..tetapi wuduk yang bagaimana ?Ramai pula yang mempamirkan wuduk cara rasulluh sebagai penyuluh dan ikutan, dan sudah tentu rasulullah telah cukup lama meninggalkan kita, maka terpaksalah kita mengali cari wuduk cara rasulullah dengan teliti sekali.
Apa pun hadits ada menyebutkan :
Barang siapa yang mengingati Allah(zikirullah) diketika diwuduk nescaya disucikan allah akan tubuhnya secara keseluruhan, dan barang siapa yang tidak mengingatinya Allah nescaya tidak disucikan Allah dari tubuhnya selain kena air sahaja.(Riwayat Abdul razak Fi Ajjami As shagir).
Dan dalam satu hadits lain pula menyebutkan;
Barang siapa memilihara baik baik shalat fardu dengan menyempurnakan wuduknya dan menjaga waktu waktu, maka hal itu akan menjadi nur dan bukti hujjah baginya pada hari kiamat. Dan barang siapa melalaikannya akan dikumpulkan kelak bersama Firaun dan hamman.
(riwayat, Ahmad,IbnuHibban,Thabrani dan Al Baihaqi).
Pada dua Hadits ini memberikan gambaran tentang kepentingan Wuduk itu, dan saya melihat adalah besar sekali di dalam diri itu, tentunya wuduk beperanan seumpama duta besar.Semasa kita berhadapan dengan allah s.w.t. air wuduk itu sebagai senjata,hujjah,tanda pembuktian dan penyelamat kita dil dalam kesaksiannnyakepada Allah s.w.t.Bilamana sempurna atau gagal maka ia akan memberikan jawapannya, maka itu haruslah kita mencari perjalan wuduk didalam perjalanan mencari diri, itulah antaralain yang menjadi detik kepada pembicaraan hati saya, lantas sahabat saya pun menjelaskan kepada saya dengan kepentingan air wuduk dan pembersihannya,serta bacaan bacaannya dari niatnya sehinggalah kepenutupnya, denganmemberikan suatu maksud kesegaran yang hakiki, yang nyatanyanampak cukup menyakinkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan