Selasa, 23 Disember 2014

Saksi Hidup! Bila tentera Allah tiba.

Segalanya sudah ada ketentuan dari ilahi, namun Allah memberi akal kepada manusia untuk berfikir bagi tujuan bertindak dan mengatasi apa jua masallah yang di hadapi. Berangkat dari ketentuan dan Usaha, Qada dan Qadar, tiada siapa yang dapat menafikannya, jika setiap ummat berpegang kepada hakikat kebenaran. Kebiasannya manusia menjadi makhluk yang angkuh apabila mereka hidup dalam senang lenang, apabila kuasa menjadi raja di hati mereka, maka mereka merasakan diri mereka sentiasa mampu untuk mengatasi apa jua persoalan,termasuk persoalan mengenai sesuatu yang telah mutlak ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita rujuk kepada hukum yang ditentukan oleh Allah tentang hudud, yang menjadi perintah dari yang maha esa ini, telah di palngkan oleh mereka yang sekuler, mereka yang menghandalkan dasar parti dari asas dan perlaksanaan iman, mereka bergitu terbuka dan lantang memerangi hukum Allah, manakala pihak berkuasa yang menerajui di bidang keagamaan, tetap bisu seribu bahasa dari kebejatan fikiran sekular yang sesat lagi menyesatkan, mereka malah menuduh hudud boleh pecah belahkan rakyat dan masyarakat, mereka utamakan dasar parti dari dasar iman dan taqwa, manakala pemimpin diam dan terus bisu,kerana takut kepada kehilangan kuasa, daripada menegakkan kebenaran. Mereka bercakaran bukan kerana perintah dari tuhan akibat dari penyelewengan akidah dan iman, sebaliknya mereka lebih berpaksikan kepada kuasa dan semakin menggila untk mendapatkan atau mempertahankan kuasa. Ingat jika kita di wakili pemimpin seperti ini ,samapai masanya negara ini dan rantau ini akan disaksikan dengan kehadiran tentera Allah dari Air, Api,angin mapun tanah yang akan menelan manusia, dan bakal meniggalkan saksi hidup,untuk memetik butir pengalaman,agar insaf dan kembali kepada kebenaran, tidakkah banjir itu juga  suatu peringatan ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan