Selasa, 13 Mac 2012

ALAM TERKEMBANG DIJADIKAN GURU

Ramai yang tidak mahu berfikir dan merenung, mereka ikut suka hati dan nafsu. Mereka suka kepada apa yang mereka suka dan mereka benci kepada apa yang mereka benci, sedangkan suka dan benci itu dua perkara yang sering berlegar didalam kehidupan manusia. Kebanyakan dari mereka lupa apa yang boleh di pelajari dari alam yang kian tidak mesera, yang seduah banyak menabur bakti dan budinya kepada mansuia mereka tidak mahu memetik ikhtibar itu, akibatnya parah, bumi terus panas,banjir melanda dengan ganas, matahari terus terik dan kawasan rendah terus tenggelam, hutan menjadi gondol, ikan di sungai sudah merajuk, udang tidak mahu timbul lagi, sotong dan ketam terus belari menyembunyikan diri, malahan otak otak manusia juga menjadi panas dan saling bertelagah, kes kes suatu ketika luar biasa sudah menjadi macm biasa saja, umpamanya buang anak tanpa rasa belas kemanusiaan sudah terpinggir, suami bunuh istri, anak bunuh bapak, datok rogol cucu, nenek kawin lagi dan terus kawin, malah cucu bunuh nenek juga ada. Dunia memang soal di akhir zaman, dunia tidak semesera dulu, tidak sesujuk embun pagi di awal tahun tahun dahulu, dunia dikejutkan dengan kepanansan di waktu subuh, dan salji pun boleh hingga di kawasan kemarau, perkara yang semakin hari semakin pelik itu dilalui oleh kehidupan manusia kini dengan biasa, mereka tidak mahu belajar dari perubahaan alam, mereka memintas alam dan mendustakkan firma Allah, mereka menjadi sesat dan sesat sesatnya, mereka ego dan bangga diri, bangga dengan apa yang ada padahal yang dimiliki itu bukan hak diri mereka, melainkan allah meminjamkan kepada mereka, mengapakah alam terkembang dijadikan guru sudah gaib dari ingatan mereka, sungguh memilikan ummat mansuia kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan