Rabu, 14 Mac 2012

SIASATAN JIKA PENGKHIANATAN BERTERUSAN: SISTEM MENGUNDI DI NEGARA INI BELUM TUNTAS?.

"Saya merujuk kepada beberapa aduan terhadap suruhajanaya pilihanraya yang sering disangsikan dan ini adalah sesuatu yang bahaya kepada rakyat dan negara ini, pengdemokrasian seolah terus dipermainkan dengan tangan tangan kotor yang samada mencipta isu atau ada kebenarannya, maka itu sebaiknya soal menterjemahkan hak rakyat kepada kesetiaan mereka di negara ini tidak boleh dianggap perkara yang ditolak ansurkan: " Drs. Mohd Zaid Mohd Yusof



ribuan ditukar menjadi pengundi pos

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis.

NONEFuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun.

"Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun. Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.

Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan