Jumaat, 2 Mac 2012

SIKAP ZAID IBRAHIM YANG MODERAT,TAPI TEGAS.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Zaid tersebut menunjukkan beliau adalah seorang yang sederhana, masih memilik sifat untuk mempertimbangkan apa juga persoalan yang di anggap sensetif kepada dirinya dan lebih lebih lagi kepada parti KITA, beliau sedia mendengar pandangan dan hujjah mana mana pihak untuk sebelum merumuskan apa apa perkara dengan cara dan pendekatannya yang tersendiri, menyentuh hal terbaru yang di kemukakan di dalam kenyataannya di sinar on line adalah seperti berikut:-


Zaid Ibrahim timbang saman Zamil Ibrahim
Wartawan Sinar Harian
2 Mac 2012
ZAID IBRAHIM
SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Zamil Ibrahim, yang sambil mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), terus mempertikaikan kewibawaan kepimpinan semasa.
Kata Zaid, oleh kerana Zamil terus-menerus membuat dakwaan sedemikian, sudah tiba masanya beliau mempertimbangkan tindakan perundangan ke atasnya.
"Nampaknya Zamil terus mendakwa beliau sebagai ketua Kita, sebenarnya Zamil bukan lagi ahli Kita, dia sudah pun dipecat, jadi saya tidak tahu apa matlamat beliau," katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, Zaid menegaskan beliau masih mengetuai parti itu dan mahu mengambil tindakan ke atas beberapa media arus perdana jika terus mendakwa beliau telah 'digulingkan' daripada jawatan itu.
"Saya sudah menghubungi peguam-peguam saya agar menguruskan perkara ini. Saya akan menyaman jika mereka tidak mahu menerima balik beberapa kenyataan mengatakan Kita diketuai seorang ketua yang baru," kata Zaid kelmarin.
Menurut beliau, sebahagian besar anggota jawatankuasa eksekutif pusat (JEP) Kita masih bersama beliau dan menyokong kepimpinannya.
"Kesemua 30 JEP bersama saya, mereka menyokong saya. Zamil bukan lagi ahli Kita, dia bersama seorang dua mendakwa ada sokongan dan mendakwa sudah menjadi ketua parti," katanya.
Zamil yang menemui Pendaftar Pertubuhan (Ros) di Putrajaya kelmarin berkata, beliau telah meminta agensi itu agar mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Kita yang baru, bukannya mengatakan telah pun diisytiharkan sebagai penyandang jawatan itu.
"Laporan media mengatakan saya berkata pihak RoS telah melantik saya (sebagai Ketua Kita) adalah silap.
"Saya hanya berkata harap pihak RoS dapat menilai laporan-laporan saya berikan lantikan saya di Kota Baru sebagai Ketua Kita," kata Zamil yang bulan lalu dipecat sebagai Pengerusi Kita Kedah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan