Isnin, 5 Mac 2012

PEJUANG APA KHABAR ?

Siapakah dia pejuang di tanah air kita ini, jika parti yang membangkang mereka berjuang untuk memperoleh kuasa dari kerajaan yang ada sekarang, dan berusaha menombangkan kerajaan barisan nasional, jika pejuang itu adalah dalam konteks kuasa parti yang memerintah sekarang ini, mereka akan berusaha pula memastikan parti pakatan rakyat dan barisan pembangkang, mapun meeka yang bertanding menggunakan jenama bebas, juga hendak ditumbangkan, kerana mereka di anggap sebagai pengacau kepada agenda tranfomasi yng dicanangkan.
Siapakah dia pejuang sebenarnya ? adakah golongan politik partisan yang berpaksi kepada parti parti di negara ini dianggap pejuang, jika masing masing mendakwa segolongan yang lain menjadi alat kepada segolongan yang lain pula. Pakatan Rakyat menyatakan BN sudah lama jadi dalang kepada Amerika dan israeil, manakala BN menganggap Anwar Ibrahim adalah talibarut kepada Israeil, dan yang pasti sepak terajang politik malaysia ini ada kaitan dengan Amerika dan Israeil, apakah partisan Politik di negara kita ini masing menganggap negara kita telah merdeka atau masih mengharapkan kita di lindungi oleh negara super power.
Wahai golongan yang sangat memperalat dan di peralat, memfintah dan di fitnah dengan agenda barat yang ingin merosakkan negara ini, sudah tentu kamu tidak akan dapat mengatasi dari kehendak Allah s.w.,t., kamu boleh menang, tapi sementara saja, kamu boleh menang, tetapi dalam kekalahan hati yang merenyok, kamu boleh menang tetapi telah mengalirkan keringat dan air mata mereka yang tidak berdosa, maka kamu akan menerima sumpahan dari pejuang, rakyat tulin dan doa mereka sentiasa didengari Allah s.w.t..
Maka itu selagi politik partisan di negara ini bersandarkan kepada kepentingan diri, kelompok dan kroni yang bernafsu jahat, pastilah mereka akan berhadapan dengan kebodohan mereka sendiri, aakal dan fikiran mereka akan disingkatkan oleh Allah s.w.t. dan akhirnya mereka akan hanya membuat keputusan yang salah dan tidak benar, silakanlah terus dengan sikap yang sedemikian, kerana bagi Allah tidak mudah untuk melupuskan sesuatu kaum, hanya dengan sekelip mata mereka akan musnah, disebabkan tangan dan fikiran kotor mereka yang telah dirasuk syaitan dan Iblis.
Wahai pejuang tulin, rakyat sedang hauskan kebenaran, dan keadilan, penderitaan sedang menyelubungi mereka, mereka menanda tangan ke langit memohon kepada yang esa, agar pejuang tulin akan bangkit membersihkan daki daki dunia yang sangat menghinakan perjalanan hidup ini, lantas itu bangkitlah wahai insan sekelian sebagai pejuang yang tulin, bukan berpaksikan kepada nilai dunia sementara yang sebentar lagi entah kemana, dan kepada mu pejuang apa khabar, dan di mana khabarmu kini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan