Rancangan Kuasa Broker. Kuasa yang menentukan permainan pru ke 13 dan rakyat hanya menjadi dam kepada percaturan mereka, sementara itu boleh jadi calon calon wakil rakyat pula menjadi anak catur di dalam permainan kuasa politik. Siapakah penentu di dalam permainan ini, tidak lain adalah terdiri dari golongan kapatalis, yang tetap menginginkan kemenangan dan keuntungan.Barisan apa pun yang di atur hanyalah lakonan dan kepura puraan, tidak kira untuk menang atau untuk kalah, mereka pun mencatur dengan menggila dan sebenarnya mereka sudah berada di maksimum kegilaan yang melampau, sebab itu mereka sudah terlupa arti agama, sudah melupakan arti nasionalisme, sudah tidak mahu lagi berpegang kepada demokrasi tulin, yang mereka fikirkan semata mata dalah duit dan keuntungan, keuntungan dan duit, ini lah perangai mereka yang buruk itu, inilah pemain pemain yang menjadi musuh negara ini, ini lah racun racun barat yang sudah meresap dilkalangan puak kanan,kiri, maupun puak tengah di dalam arus politik negara ini. Mrereka bersepak terajang dengan bertopengkan kebenaran, pada hal ini ini rakus, gila dan tidak siuman, sehingga nantinya mereka ini akan kesal apabila mereka berada di dalam kubur, sebab merekalah pengkhiant kepada perjuangan sejati dan tulin. Golongan seperti ini berada di mana mana, mereka boileh ada di dalam atau ;luar parti, mereka akan merangka macam perjuangan tulin, tetapi mereka berlapikkan kepalsuan, mereka bercakap soal iman, sebenarnya iman sudah tiada dalam jiwa mereka, mereka bercakap soal ikhsan,tetapi ikhsan jauh dari hati perut mereka, mereka bercakap soal mesyuarah, tetapi mereka adalah ditaktor, mereka bercakap soal sumbang sih, tetapi mereka paling kedekut, mereka bercakap soal kemanusiaan, tetapi mereka adalah bahagian dari kebinantangan yang sangat jahil, mereka bercakap soal tolak ansur, tetapi mereka adalah orang yang sering menolak kebenaran, apapun yang mereka katakan adalah hanya kepura puraan mereka, asal hajat dan idaman mereka tercapai, mereka itu adalah raja duitan, dan mereka itu memijak di bahu orang lain untuk menjolak hasil duitan itu, maka mereka itu konyol dan gila, perasuah yang belagak bersih. Cukup menjijikkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan