Rabu, 7 Mac 2012

KEDUDUKAN PASAR MELAYU,DI BATU PAHAT LANGSONG TIDAK DIPEDULIKAN.

Adalah sangat menyedihkan, jika kita pergi ke Batu Pahat, iaitu di Bandar batu Pahat, berdeketan persisir sungai Batu Pahat, terdapat sebuah pasar yang di sebut Pasar Melayu, tidak jauh dari situ adalah sebuah pasar iaitu pasar awam, yang hampir tua dengan pasar melayu, apa yang mengecewakan adalah pasar awam dan pasar melayu , merupakan dua buah pasar yang kian usang dan tua, tidak dikawal dengan baik dan diabaikan oleh kerajaan, pasar ini dianggap sepi tanpa apa apa pun bantuan dari kerajaan yang memerintah, mereka tidak memandang langsong sedangkan kewujudan pasar ini adalah sejak sebelum meredeka lagi. Cadang demi cadangan untuk mendirikan pasar di batu Pahat yang baru hanya tinggal cadangan saja, akhirnya rakyat di batu pahat yang menjadi pembayar cukai dan menyumbang kerancakan ekonomi di daerah ini, dianggap kecil dan di perlekehkan.Inilah keadaannya yang terjadi.Apa pun untuk itu rakyat mestilah merubah kerajaan yang ada sekarang, dan Parti KITA menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk memastikan ada perubahaan di masa akan datang di kawasan Parlimen Batu Pahat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan