Khamis, 29 Mac 2012

MANIFESTO PARTI KITA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), telah mengariskan MANIFESTO PERJUANGAN KITA, menjelang Pru ke 13 ini. Apa yang menyebabkan perlunya perubahaan Pemerintahan dan yang menguzurkan Malaysia Kini: Dari Pengamatan Parti Kita Hal yang menguzurkan Malaysia adalah seperti berikut:

1. Kesederhanaan telah diambil alih tempat oleh Ekstremisme.
2. Polarisasi Kaum dan agama terlus meluas.
3. Jurang pendapatan sedang melebar.
4. Ekonomi hilang ketajaman daya saing.
5. Negara sedang menderita akibat pengaliran keluar modal yang kian cepat.
6. Institusi utama Negara - sistem pendidikan, Badan kehakiman, Perkhidmatan Awam dan Polis memerlukan  
    refomasi besar besaran.
7. Sistem semak dan imbang, akauntabiliti dan ketelusan yang merupakan ciri demokrasi yang semakin  longgar
    dan hampir pupus.
8. Rasuah dan aktiviti manipulasi telah sampai priingkat mudarat yang memalukan dan mengakibatkan 
    kesan buruk.
9. Wacaana Nasional dan debat politik telah menujunam ke tahap teruk dan terlalu sedikit menyumbang 
    kepada urustadbir yang baik.

Maka itu, Parti KITA benar benar percaya bahawa negara kita perlu mentafsir semula dirinya dan kembali kepada wawasan Baapa pengasas kemerdekaan. Perlembagaan persekutuan, prinsip tolak ansur dan konsensus serta perkara yang membentuk asas masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan etnik, mestilah di kekalkan menjadi kerangka panduan dalam membentuk hala tuju negara.

Malaysia terbentuk sebagai sebuah negara demokrasi moden dan parti KITA tetap komited dengan prinsip prinsip asas ini, maka itu parti KITA akan berdiri teguh dalam menyediakan dasar altenatif yang sejajar dengan pandangannya sebagai sebuah parti yang moderat, demokratik dan liberal. Parti KITA akan sentiasa bertindak mengikut cara yang menyediakan semak dan imbang yang berkesan.

Parti Kita berjanji untuk mendukung hak semua rakyat Malaysia mengikut perlembagaan persekutuan dan dengan sebab ituParti KITA menggariskan pandangan KITA mengenai beberapa Isu yang utama dan terpenting dalam memacu agenda negara. Beberapa Agenda penting yang akan di perjuangkan oleh parti KITA di seluruh parsada tanah air ini adalah seperti berikut :

1. Kepimpinan yang bertaggungjawab, Jujur dan berprinsip.
2. keadilan sosial dan nilai beragama untuk semua.
3. Pentadbiran yang telus Berkesan dan bersih.
4. Reformasi Institusi.
5. Reformasi Pendidikan.
6. Reformasi Ekonomi.
7. Reformasi politik
8. Kebebasan dan Kemerdekaan
9. Perpaduan Sebenar di Malaysia.
10.Membentuk rakyat malaysia Menyedai Potensi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan