Selasa, 13 Mac 2012

DAKAPAN UNTUK DIRANG.

Tiada yang dapat dinukil hanyalah secebis rasa pilu
Dirang pergi
dengan Kabar seperti ini;
di dada akhbar terus tertulis dari kisah
ke kisahnya
yang kasihnya telah pergi
dirang di mata kita
anak kecil yang masih dahaga di pentas dunia
lalu meninggalkan kita
dengan liku seram dan derita,
Bumi ku Johor, berapa ramai lagi kan tumpas seperti dirang
secuil apa pun di mamah sejarah, sedetik apa pun tinta terluka
tiada bicara kepada mereka yang jahil
mereka kejam menrepa dan meragut sekcul mungil
tunas pertiwi yang berupa permata, intan biaduri milik si bonda
menitiskan air mata, tanpa tahu apa puncannya,
Dirang, diakhbar ini tertuang
satu cerita, 

PASIR GUDANG - Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan
suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.


Ku kutipkan cerita mu itu,
Masih amankah ini negara,
ini negeri
pusaka si bongok
meragut nyawa tiada belasnya
Dirang air mata ini.
Hati ini,
Jiwa dan perasaan ini
masih berkata, pembelaan kita kepada
seluruh anak kecil di negara ini, akan tiada hentinya
DDirang, kau adalah pencetus semangat kami berjuang
untuk anak anak kecil
sebelum terus menjadi mangsa
mangsa kegilaan manusia jahil,
Akan kita ikrarkan
akan kita bentengkan
akan kita sahutkan
akan kita dakapkan
anak anak kecil kita
sebagai pengilap cahaya
untuk negara tercinta
moga bumi johor
tidak berdarah seperti hilangnya si dirang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan