Ahad, 25 Mac 2012

KENYATAAN PM BANGLADESH APA DAH JADI ?

Saya sempat berbual dengan kawan kawan dari bangladesh yang saya kenal, mereka tidak menafikan kenyataan itu, malah mereka mengakuinya ada di pujuk oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi BN, ini sangat bahaya, dan mereka senderi menolak tawaran tersebut disebabkan mereka tidak mahu campur tangan dalam politik malaysia, kedatang mereka di sini hanya untuk mencari rezki dan berharap tiada kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana kedua buah negara, itulah apa yang di laporkan oleh  sdr Lokman kepada saya.

Panas: Sah, Perdana Menteri Bangladesh Sendiri Mengakui Rakyatnya 'Mendapat Kerakyatan' Dan Boleh Mengundi Dalam Pilihanraya Di Malaysia !!




Sebelum ini, bila diperkatakan ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan Malaysia untuk mengundi dalam pilihanraya di negara ini, kerajaan menafikan. Biar pun ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan begitu ramai warga asing kini telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Mereka bukan sahaja bebas ke sana sini, malahan juga mengundi pada setiap kali pilihanraya. Apa yang memusykilkan kita, warga asing itu bukanlah golongan profesional yang kepakarannya amat diperlukan. Mereka hanyalah buruh binaan, pekerja ladang dan lain-lain bidang yang tidak sewajarnya diberikan taraf kerakyatan.

Namun, itulah realitinya yang berlaku di negara kita skarang ini. Beeratus ribu malah berjuta warga asing kini begitu bebas masuk dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia jika mereka sanggup menjalankan tugas-tugas tertentu.

Senario ini tidak perlu dinafikan lagi, kerana dimana-mana ia ada dan semakin sukar untuk dibendung. Biar pun kerajaan menjalankan Program 6P untuk membuat pendaftaran Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) secara lebih bersistematik. Namun, apa yang membimbangkan kita kenapa sampai berjuta warga asing boleh masuk ke Malaysia?. Mana pergi anggota keselamatan negara termasuk polis merin, imigresen dan sebagainya?. Mereka ternyata gagal bertindak untuk mengawal keselamatan negara daripada ancaman luar.

Bayangkan jika yang masuk itu adalah pengganas?. Bukankah ia akan memudaratkan negara kita?. Apakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen sedar perkara ini?. Kenapa mereka tidak bertindak dan membiarkan semua ini terus terjadi?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan