Selasa, 27 Mac 2012

SIRI 3: MANIFESTO P1.50 BATU PAHAT " MEMPERJUANGKAN PEMILIKAN TANAH SECARA TEPAT DAN BETUL.

Salah satu dari masallah yang jelas di kawasan parlimen Batu Pahat ini, adalah menyangkut soal tanah, banyak tanah telah di ceroboh, ini bermakna pengawasan tanah ceroboh tidak di pantau dengan baik dan berkesan, oleh itu bagi mengelakkan stuasi ini terjadi, Kita harus banyak berbincang dengan para penceroboh mengenai masalah yang sedang melanda mereka sehingga wujudnya persimpangan antara melanggar undang undang dengan keperluan untuk mendapatkan tanah secara sah. Apa pun yang jelas dari kajian yang di buat oleh parti kita di kawasan ini menunjukkan bahawa penceroboh menceroboh tanah tanah kerajaan sebab mereka telah banyak kali membuat permohonan dan permohonan mereka itu tidak berjawab ada yang sampai berpuluh tahun, ini adalah kelemahan ketara yang menyebabkan wibawa jabatan ini terguggat, exco tanah yang di wakili oleh Barisan Nasional gagal menyelemi kehendak rakyat, meeka akan hanya memberikan tanah ketika waktu hendak menghadapi pilihanraya, sedangkan pemberian tanah secara tepat dan betul berasas kepada keperluan, kepentingan di dalam meningkatkan ekonomi serta bantuan bantuan yang berkaitan dengannya. Ramai rakyat johor mengeluh, mereka warga joor mohon tanah tak pernah dapat, walaupun ada yang dapat tetapi mereka yang dapat terdiri dari kroni kroni golongan tertentu, hal ini mestilah di pantang sirius, Apa pun yang jelas tanah tanah kerajaan sendiri pada hakikatnya tidak di usahakan dengan betul oleh penguasa malahan mereka sendiri terlibat didalam menyalahkan prosudur penggunaan tanah, seperti kita dapati tanah tanah di kawasan kerajaan telah didirikan oleh penguasa untuk tujuan tujuan jangka pendik dengan secara terang terangan melanggar peraturan, maka itu peraturan dan penguatkuasaan terhadap tanah kerajaan mestilah dianggap hal yang sangat penting di dalam membangunnkan kawasan ini, mengambil contoh di Batu Pahat banyak kawasan permainan dan tapak hijau dijadikan gerai, pusat jualan, malah ada yang menenmpatkan di kawasan tersebut sebagai kawasan tokong dan surau, hal ini sungguh tidak berhemah sekali, mereka seharusnya menempatkan primes yang tepat dan betul, dan seharusnya mereka mestilah mengistiharkan dan mengeluarkan gran untuk kawasan rumah Ibadah, dan melupuskan kawasan yang disebut sebagai kawasan hijau dengan kaedah gantian, ini akan menyelamatkan kedudukan rumah rumah ibadat pada masa hadapan dari ganggguan undang undang dan perbuatan tidak terduga yang bakal melanda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan