Isnin, 5 Mac 2012

SIAPAKAH YANG RUGI DALAM PRU KE 13? TIDAKLAH MENJADI SEPERTI PAK KADOK DAN LEBAI MALANG.

Saya nak kata siapa rugi dalam pru ke 13, itu pun jika pru ke 13 ini dapat berlangsong dengan niat maupun dengan takdirnya!Jika di lihat ramai yang akan berkata nak tahu bahawa yang rugi itu adalah mereka yang kalah. Manakala mereka yang kalah itu di negara ini mewakili dari parti parti yang mereka bertanding, kalau mereka bertanding atas kerusi BN, maka jika BN kalah BN rugi !, Jika orang UMNO dalam BN yang bertanding itu kalah, maknanya UMNO juga rugi, jika UMNO rugi apakah Melayu Rugi ?
Berbanding dengan Parti MCA, jika mereka meletakkan calon yang bertanding bagi mewakili orang Cina, maka MCA akan rugi dan cina juga akan rugi, apabila kita coba melebelkan nilai kaum yang di wakili itu menjadi asas kepada kaedah menjaga kaum di dalam negara ini.
Bayangkan lah berapa kerusi Melayu dan Bumiputera yang bertanding di Negara ini ? Berapa pula kerusi Inda dan Cina yang bertanding di pringkat Parlimen dan DUN. Jika kita menggunakan sifir biasa, bermakna di kawasan bandar biasanya kaum cina dari MCA akan berentap dengan Cina DAP, namun macam mana jika ada golongan ke tiga yang datang dari kaum zmelayu atau India atau bumiputera lainnya, maka komposisi pengundian itu semakin mengecil, malahan jika di dalam kawasan seperti itu akan menjadi kritikal, jika jumlah pengundi dikawasan tersebut 40 peratus Melayu, 10 peratus India dan 50 Peratus Cina. Maka ini bermakna undi cina akan terpecah, samada dari MCA maupun dari DAP, dan kalah lah parti yang mewakili kaum cina tersebut, dan jika keadaan seperti ini sifirnya melibatkan banyak lokasi di dalam bandar di Malaysia, ini bermakna kaum cina akan menjadi suatu kaum yang tertekan di dalam keputusan Pru ke 13.
Apa kesannya ? Yang jelas BN pula boleh berkata kami telah memberi banyak peruntukan kepada kaum cina, dan orang melayu sudah merasa tidak senang dengan telatah pemimpin mereka yang memberi muka kepada orang Cina, dan cuma dengan memperoleh hasil yang kalah, sedangkan kaum cina tetap memberikan undi mereka kepada pembangkang, dengan sebab itulah kaum cina jika BN memerintah mereka tidak akan banyak memperoleh kerusi di kabinet, sebab mereka telah di kecundangkan oleh kaumnya sendiri. Begitu juga dengan DAP, mereka jika meletakkan semua yang bertanding di kawasan yang mereka tandingi itu kaum cina, ini menunjukkan DAP tidak relevan lagi, sebab itulah DAP harus meletakkan calon Melayu yang lebih dan calon INdia agar ada perimbangan, mampukah DAP menang? Jawapnya merek mampu menang di kawasan yang biasa telah dimenangi mereka,disamping kawasan baru yang ada potensi untuk mereka menang. Apakah dengan meletakkan calon melayu oleh DAP di kawasan yang mejoritinya yang bertanding itu orang melayu membolehkan calon melayu dari DAP itu menang, jawapannya tidak>! dan tidak sama sekali, kerana orang melayu belum melekat dihati mereka pada parti ini, pada orang melayu DAP di anggap radikal dan hala kiri, mereka sangat cerugi pada DAP, wal hal Parti itu adalh sebuat parti demokratik yang boleh disertai pelbagai kamu di dalamnya.
Jika Melayu yang bertanding pada tiket DAP kalah, siapakah yang rugi , apakah melayu yang rugi atau Dap yang rugi ? jawapnya kedua dua sekali. Tetapi jika DAP mengubah langkah untuk memastikan parti nya itu boleh menerima pelbagai kaum, ia mestilah mengizinkan orang melayu bertanding di kawasan bandar, serta memberikan sokongan kepada mereka sehingg mereka menang, ini menunjukkan Cina DAP lebih menerima melayu daripada Cina MCA menerima melayu. Bagaimana akhirnya orang melayu tidak lagi merasa canggung dengan DAP? Namun sanggupkah DAP berkorban ? dalam mansa yang sama sanggupkah orang melayu berkorban memberi undi kepada DAP di kawasan Melayu, jawapannya tentu sekali jika ada sikap perkauman yang menebal samada cina atau melayu, atau India, dengan sendirinya ia akan merasakan dirinya dirugikan, atau partinya dirugikan. Walaupun PKR dapatkah menyumbang kekuatan kepada DAP dan PAS, atau PAS dan DAP pula memberikan kekuatan kepada PKR. Apa pun kekuatan yang saling tompang menompang itu akan jadi kuat antara satu dengan lain, jika masing masing tidak di rugikan, manakala pakatan rakyat pula mestilah melihat kumpulan kecil samada dari parti kecil atau calon bebas yang hendak bertanding juga bukan menjadi faktor kecil, atau ego yang boleh mengenepikkan mereka, sebab kesatuan dari kumpulan kecil akan membiak menjadi besar, dan dari intisari yang padu akan melahirkan suara mantap, dengan yang demikian barulah nampak lorong ke putera Jaya, masa masih ada, usaha masih boleh dibuat, jika di pandang ringan maka akan rugilah ia dan kerugian itu juga melihatkan kepada gagasan sertah harapan baru negara, sebagai pengundi sudah tahu,nah! mampukah mereka meralisasikannya, jika tidak kerungian itu akan ditanggung dan peritnya. Ingat Jalan dan masa masih ada untuk menolak sebarang kerugian yang bakal menjelma, dengan sayarat bersatu membina tenaga baru dan stratige yang mengena, dan akhirnya hilanglah apa yang di sangkakan rugi, dan tidaklah seperti menjadi pak kadok atau lebai malang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan