Ahad, 9 Februari 2014

Ringkasan Dailog dengan Mahkluk yang menganggu Pesakit.

Dailog dengan roh yang saya maksudkan, adalah bagaimana Pak Ayob boleh mengesan penyakit sesorang paeian itu menerusi dalilognya dengan roh pesakit. Malam itu, saya melihat pak ayob merenung wajah pesakit dari jauh, kira kira empat lima langkah dari pesakit. Lebih kurang 7 atau 8 minit dari renungan tajamnya terhadap pesakit itu, saya pun bertanya pada pak ayob, Apa kah penyakitnya pak ayob? Dia menjawab sakit orang ini adalah di dalam tubuhnya telah di masuki oleh makhluk halus, apa yang pak ayob nak buat kata saya lagi ? dia menjawab, saya sedang berunding dengan makhluk ini agar di keluar dari tubuh pesakit, sebab selagi dia berada dalam tubuh pesakit itu,maka pesakit itu akan merasai kesakitan yang teramat sangat. Saya katakan lagi kepada pak ayob, jika dia tak mahu keluar dari tubuh pesakit itu, apa yang pak ayob nak buat. tiba tibapak ayob seperti biasa berkomat kamit membaca ayat suci Al Quran, dan mengambil sebilah keris kayunya itu, dan di ketakkan diatas tubuh pesakit yang sakit, maka meraunglah pesakit itu, sebagai tanda kesakitan makhluk di dalam pun bersuara menerusi pesakit tadi, dan menyatakan persetujuannnya untuk keluar dari tubuh badan pesakit, sejurus itu, saya melihat semacam cahaya putihkeluar dari rumah pesakit itu, namun pesakit itu masih terkujur di atas pembaringannya. Pak ayob pun berkata sebenar lagi pulihlah pesakit ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan