Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan
lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga
tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk
mentadbir negara.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra
mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk
Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu
pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.
Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP
dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan
pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi
pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan
gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, sedang memantau mengenai Rasuah di negara ini, adalah sangat memalukan negara jika kita melihat histriografi sejarah di negara ini semakin menjadi jadi, pemimpin sudah tidak dapat membezakan apakah yang di sebut rasuah atau sebaliknya, di dalam musim menghadapi pilihanraya samada pilihanraya umum mapun pilihanraya kecil, pemimpin menghidangkan pelbagai bentuk rasuah, samada projek maupun kewangan, janji bertaburan agar menang dalam pilihanraya, inilah perbuatan biadap sedangkan tugas memimpin rakyat bukan dengan janji dan sogokan,tetapi adalah lahir dari lubuk hati sebagai suatu pertanggugnjawaban yang harus di pikul secara tegas.
Urus :
dikelolakan, diselenggarakan dengan baik dan teratur.
Pengurusan :
perihal(kerja) mengurus sesuatu
Organisasi
: kesatuan(susunan) yang terdiri drp bhgn-bhgn orang dlm pertubuhan untuk
tujuan tertentu/kepentingan bersama
Berkesan :
menimbulkan hasil, membawa kepada perkembangan, mendatangkan pengaruh kepada
seseorang/golongan dari segi sikap, kecenderungan.
Kepentingan
Organisasi
1.
Memudahkan bergerak dan bekerja dengan lebih baik/berkesan dan mencapai
kejayaan.
2.Mewujudkan suasana yang kondusif dengan adanya rangkaian persaudaraan
dan saling menolong.
3.Memudahkan komunikasi melalui perjumpaan, mesyuarat, arahan dan
sebagainya.
4.Memastikan kesinambungan dan gerak kerja yang berterusan.
Asas
Pengurusan Organisasi yang Berkesan
Pengurus yang berkesan/kualiti unggul
seorang pengurus:
1. Pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap peranan
dan tanggungjawab yang dipikul.
2. Kemahiran tertentu bagi melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
3. Nilai, sikap dan keperibadian yang wajib dihayati dan
diamalkan.
Pengurusan strategik ialah :
1. Menentu dan menjelaskan visi dan misi organisasi kepada
ahli dan bukan ahli.
2. Menganalisis kekuatan dan kelemahan organisasi.
3. Menjelaskan objektif yang hendak dicapai.
4. Membentuk strategi dan program.
5. Menyusun pelan tindakan.
Intipati
kepada pengurusan strategik;
1. Kefahaman
2. Komunikasi
3. Komitmen
Tuntutan
Kejayaan Organisasi
2.Merasakan organisasi adalah tanggungjawab bukan kemulian.
3.Semua kerja bersifat “team work”/ amal jamaie /berkumpulan.
4.Pembahagian tugas, perancangan dan strategi yang rapi/teratur/kemas.
5.Mengamalkan sifat ukhuwwah/persaudaraan dan terbuka memberi teguran dan
menerima teguran yang membina(nasihat-menasihati).
6.Tumpuan,keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi dalam menjalankan tugas.
7.Ketaatan dan kepatuhan yan tinggi kepada pimpinan.keputusan mesyuarat.
8.Kepercayaan kepada kepimpinan dan kepimpinan perlu arif, adil dan
bijaksana.
9.Bergerak atas landasan tugas supaya tiada tindanan kerja.
10.Sistem penghargaan/disiplin wujud dalam organisasi.
Penyakit-penyakit/Amalan
Negatif Dalam Organisasi
1.Anggap tugas memajukan organisasi adalah terletak atas bahu pimpinan
sahaja.
2.Anggapan bahawa mesyuarat/perjumpaan adalah medan mengkritik pimpinan.
3.Suka menangguhkan kerja/lambat bertindak kerana anggap kerja dan tugas
tidak penting.
4.Menghadiri mesyuarat dengan kepala kosong/tidak bersedia memberi
pendapat/idea.
5.Mesyuarat memakan masa yang panjang tanpa keputusan konkrit.
6.Presiden, Setiausaha dan Bendahari tidak berfungsi dan gagal
menggerakkan exco dan ahli.
7.AJK tidak mempunyai tanggungjawab yang khusus dan gagal
berfungsi/memahami tugas.
8.Keputusan mesyuarat tidak dipatuhi dan dilaksanakan. Program tidak
dikaji keberkesanan dan tiada “follow up”
9.Kebanyakan tugas mesyuarat terbeban ke atas satu pihak sahaja seperti
Setiausaha/Presiden dan exco sahaja.
10.Tiada ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan.
11.Menggunakan jawatan untuk bermegah-megah atau bukan atas dasar amanah.
Kesimpulan
1. Berorganisasi di
peringkat sekolah merupakan satu pendidikan/tarbiyyah amali dalam mempraktikkan
ilmu yang dipelajari. Adalah tidak wajar menganggap melibatkan diri dalam
organisasi di peringkat sekolah hanya untuk “suka-suka” atau “main-main”.
2. Kepimpinan masa
hadapan lahir pada hari ini. Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin dan
darjah kepimpinan seseorang berbeza. Bakat kepimpinan perlu disemai, diasuh ,
dan dipupuk untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkarisma. Sekolah
adalah medan terbaik untuk melahirkan pemimpin.
3. Jika tidak mampu menjadi pemimpin yang wibawa, jadilah
pengikut yang setia.
Parti Kesejahteraan insan Tanah Air Johor mengucapkan selamat menyambut Tahun 2012. Tahun Baru ini adalah salah satu dari pembuka catatan yang pada hakikatnya kita ingin lebih berjaya di dalam mengurus hidp,mengurus keluarga, mengurus diri,mengurus negara dan mengurus dunia agar lebih aman dan sejahtera. Tahun 2012 adalah harapan kita dengan tindakan pembahruan serta iltizam yang lebih rapi dan terperinci, kita juga menoleh kebelakang untuk melihat tahun 2011 sebagai suatu tahun pengajaran kepada kita dengan sikap tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lalui. Semangat yang kukuh dan kerja keras yang konsisten serta di tambah dengan keimanan dan takwa yang tinggi akan membawa kita ke era baru yang lebih bermenafaat. Seharusnya kita mesti ingat bahawa masa sangat pantas berlalu, dan rebutlah peluang yang tidak datang berkali kali, malah ia hanya sekali didalam kita menempuh peluang hidup ini, sajikanlah sesuatu yang paling baik di dalam hidup kita, untuk keluarga,diri dan negara, semoga ianya memberikan menafaat kepada semuannya selaras dengan tuntutan agama, dan sikap tanggungjawab kita kepada masyarakat, kepada bangsa dan negara yang tercinta ini, selamat menyambut tahun baru dalam kibaran dan perlaksanaan panji panji iman yang kukuh dan wibawa,selamat untuk semua,semoga semuannya berjata,amin ya rabbal alamin.
Apakah maaksud Nasionalisme tergugat ? Saya mulakan
Nasionalis sebagai pendukung suatu kefahaman Negara Bangsa. Semangat Cinta Negara
yang kian pudar pemahamannya. Rakyat yang semakin tidak tahu dan tidak
meletakkan kepentingan Negara sebagai kepentingan utama. Jika kita merujuk
kepada persoalan tersebut ini bermakna kecintaan Negara di dahulukan. Jika hari ini
kepentingan rakyat didahulukan, ia bermakna Negara mengambil keperhatinannya
terhadap rakyat.
Coba kita perhatikan dari jurus jurus kemasyarakatan dan
pemimpin, Politik dan agama, Keselamatan dan kesihatan. Apakah percangahan
nilai yang wujud kini. Maksud percanggahan tersebut adalah kepentingan politik
sempit, yang mendahulukan anggota menerusi doktrin organisasinya sendiri, atau PENYIMPANGAN
DAR I NORMA NORMA NASIONALISME
mengikut difinisi asalnya.Nasionalisme terguggat adalah menytentuh kebelakangan
ini, terhadap krisis krisis yang melibatkan kerugian kepada Negara, seperti
vandelisme,angkara angkara liar yang merosakkan infra kelas pertama Negara.
Sikap perkhidmatan awam dan swasta yang mementingkan diri sendiri daripada
mementingkan Negara. Pihak yang mencemar perlembagaaan negara juga tergolong daripada
mereka yang menguggat nasionalisme..
Ancaman kepada rakyat menerusi kepelbagaian jenayah
merupakan bahagian dari penguggatan tersebut dan kesemuannya ini menyebabkan
Negara akan mengalami kemunduran dan seterusnya akan menjadi tidak selamat
adakah anda tergolong dari penguggat Nasionalisme, atau ancaman globalisasi
telah menguburkan nasionalisme Negara. Kebanggan kita sebagai suatu Negara
bangsa bolehlah juga dipersoalkan tentang kehidupan harian kita, tentang penjenamaan
yang kita gunakan dalam aktiviti harian. Sikap menggunakan bahasa asing juga
menyumbangf pembunuhan nasionalisme. Akibatnya penglalaian ini akan membolehkan
runtuhnya sebuah Negara bangsa yang diasaskan sejak dari kemerdekaan lagi.
Inilah masallahnya.
Parti kesejahteraan Insan Tanah Air di beritahu, bahawa kebanyakan rakyat sabah kecewa dengan pimpinan parti politik yang sering meninggalkan kepentingan anak sabah, negara sekaya sabah seharusnya tidak ada pengangguran, bumi yang kaya itu hasilnya di kaut untung oleh pimpinan politik yang akhirnya mengsengsarakan anak pri bumi sabah, Pasir, kaya Balak, Arang batu dan sebagainya hanya menjadi tontonan anak negeri, dan lebih menyakitkan hati mereka apabila hasil minyak dari sabah juga tidak memadai di perolehi oleh anak tempatan.
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air telah meninjau di sandakan sabah, dan hasil dari lawatan dan kempen di sabah cukup memberangsangkan, ramai di kalangan pemuda dan wanita telah menyertai Parti ini dan berikrar akan memperjuangkan Parti Kita untuk merubah keadaan negara agar mencapai keadaan yang lebih baik. Rakyat sabah gelisah dengan rasuah dan kenaikan harga barang yang melampau, di tambah lagi dengan pendapatan mereka yang semakin mengecil, hal ini di peroleh maklumat menerusi dailog terbuka dengan penduduk yang di adakan dari sesi ke sessi, inilah cabaran yang harus di atasi oleh pihak parti dan juga perkhidmatan yang mesti dilaksankan oleh anggota parti dan pimpinan agar masyarakat merasa lega dari masallah yang sedang di hadapi oleh mereka, Encik Alias selaku ketua pemuda Sabah sangat kesal dengan kerajaaan yang memerintah di sabah pada hari ini yang mengambil sikap samil lewa terhadap kehidupan rakyat yang kian terhimpit dengan kepelbagaian masallah.
Tadi Malam di PJ, seluruh pemuda Parti Kita di Pringkat kebangsaan telah berkumpul dan mengadakan pertemuan dengan ketua dan Barisan kepimpinan parti Kita.Pada perjumpaan tersebut telah di hadiri oleh Ketua dan Barisan Pegawai Penuda pringkat Negeri,antaranya Pemuda Parti KITA dari Kedah, Kelantan, Selangor, Wilayah perseketuan, dan Johor. Mereka telah menerima amanant dari ketua Parti Dato Zaid Ibrahim dan antara perkara penting yang disampaikan di dalam amanat tersebut, adalah Pemuda KITA harus mengetahui pola dan aliran politik baru di Malaysia, dengan melihat beberapa pesepektif sejarah sebelum ini yang melanda negara KITA. Pemuda Juga mestilah mengangkat isu kepentingan rakyat, buka isu retorik, isu kepentingan rakyat adalah isu yang membela nasib rakyat yang menghadapi banyak masallah dan kesulitan.Kata Dato Zaid lagi, pemuda mestilah berani untuk berdepan dengan masallah yang menguggat kepentingan negara dan rakyat yang sedang dibelenggu dengan kesusahan hidup, selesai ucaptama tersebut pemuda Kita telah membacakan Ikrar setia mereka kepada parti.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan parti KITA di Sabah yang telah membuka rangkaian Baru KITA di Sandakan, usaha ini adalah suatu usaha yang sangat membanggakan dan luar biasa sambutannya. Adalah sangat membanggakan saya apabila mendengar reaksi bali dari ahli parti kita yang baru di Batu sapi sandakan untuk menyokong dan menggerakan parti kita ke tahaf yang lebih bertenaga, rakyat sudah bosa dengan janji kosong Bn dan terasa perlunya banyak perubahaan dan harapan mereka ternyata kepada parti KITA, bergitulah ungkapan Dato Pengeran Osman Rauf.
Sesungguhnya Pilihanraya ke 13 pasti tiba, kewujudan kuasa rakyat semakin di nantikan, pelbagai sogokan kepada rakyat untuk mengundi BN memang terus berjalan mengikut program, apa saja yang mesti di lakukan oleh BN adalah untuk menang, rasa malu sudah tiada. Rakyat di sogok secara jelas, dari pemberian projek hinggalah kepada pemberian wang tunai, jawabnya yang penting BN nak menang. Dari tingkah laku ini membayangkan rasuah sudah tiada malunya lagi di kalangan pemimpin politik, mereka sangguh menghalalkan cara dengan membuat tafsiran yang rasuah itu bukan rasuah, dan ini adalah perbuatan yang sangat bahaya, bila pemimpin sudah tidak mengenal maksud dan pengertian rasuah alamatnya negara akan hancor.
Saya sangat sedih melihat hal ini, rasuah seoalh sudah menjadi tegal biasa, menjadi budaya dan seterusnya negara ini akan kembali kepada amalan buruk yang menyebabkan rakyat kian menjadi derita dan susah, maka itu tiada pilihan lain kepada rakyat untuk menentang perbuatan hina ini, melainkan kebangkitan drastik,bagi mengelak dari negara ini bangkrap ekonomi dan bangkrap moral, ayoh marilah kita bangkit membenteras rasuh secara sirius dan pastikan terjemahan itu di laksanakan di dalam pilihanraya ke 13.
Sodomy
is a criminal offence in Malaysia but so are other sexual acts that are
more “creative” than the usual horizontal position. Offences “against
the order of nature” make us blush because many of us probably partake
in some of them. These are offences because the British made them
offences 160 years ago, and although England and other countries have
since abolished such laws, we still have them in our Penal Code. Read more »
24December2011
Jika
kita imbas kembali isu-isu yang membawa bencana kepada landskap politik
yakni kemuncak Pilihan Raya Umum 2008 – kita harus mengakui peranan
penting yang dimainkan oleh kedua-dua Hindu Rights Action Force, atau
Hindraf, dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin. Dalam kaedah yang
berbeza, kedua-duanya memberikan Pembangkang dorongan dan dinamika yang
amat berharga itu, keadaan yang seakan-akan menempeleng keupayaan BN
yang sudah lama berkuasa sendiri sehinggakan rakyat berani untuk
perubahan melalui perarakan. Read more »
22December2011
If
we reflect on the issues that wrought cataclysmic change to the
political landscape – culminating in the 2008 General Election – we must
acknowledge the important role played by both the Hindu Rights Action
Force, or Hindraf, and blogger Raja Petra Kamaruddin. In different ways,
both gave the Opposition the impetus and dynamism it so badly needed
then, the kind that outstripped even the BN juggernaut’s ability to
contain the people’s march for change. Read more »
Tali itu berbelit
membelit
umpama
tersimpul
dan menyimpul kata
tak sepertinya
ada kata
dalam
bicara
terwajah suram
namun tali itu terus berbelit
dan
aku lah pembuka
simpulnya
Jika jejak jejak ini bertapak
dari zaman ke zaman
hanya ku pesan...jangan di pinggirkan nilai iman
jangan di campakkan nilai insan
jangan di jauhkan rasa persaudaraan
bertapa ke indahan itu bukan pada harta yang menggunung
bukan pada rasa pangkat yang menjulang
tapi ia tercuil
dari rasa yang di rasakan se nasib
bagi sepenanggungan
sebab kita adalah penurus arusnya
dan pintunya
ada di lubuk itu
ayoh pancarkanlah rasa ihsan
sesama ihsan.
Pagi lagi sebelum subuh melangkah dari rumah, untuk ke Senai Airport di Johor Baharu, distinasi kali ini ke Sandakan dan tadi petang sampai ke Sandakan di Sambut Oleh ketua Pemuda Parti KITA Negeri Sabah, sangat mengharukan dan berbangga dengan semangat kental mereka, terima kasih Alias kerana meluangkan masa menjemput saya di Airport, dan apa yang menarik perhatian saya adalah mudah, Sabah bumi Kaya namun kekayaannya tidak mendapat bahagian kepada anak negeri yang jauh mengharapkan keberuntungan mereka, masallah penganggurn sangat sangat menyakitkan, masallah kroni menjadi jadi, masallah politik terus diadu dombakan demi meraut kepentingan kepada golongan tertentu, namun keperitan anak bumi di pendalaman sangat terhiris, merdeka sudah hampir 70 tahun di Malaysia, namun masih ada yang bergelap dan tidak mendapat air bersih, masih ada lagi jalan yang tidak berturap,sayang kekayaannya dikantongi oleh orang lain, sedang anak bumi menangis tersedan dan sangat memilukan, kembalikan lah hak kekayaan mereka dengan lebih beranggungjawab dan prihatin, semoga dapat dirasakan oleh pembaca terhadap keperitan anak sabah kini.
Ramai pemimpin politik di Dunia ini masuk ke penjara, samada pemimpin politik dari yang kecil hingga yang ternama, malah ada yang masuk ke penjara lagi hebat namanya walaupun berbuatannya itu cukup nista. Tidak mengapa kita lihat penjara sebagai suatu hukuman dari kesalahan tak kira orang politik atau bukan politik, mereka di penjarakan dengan pelbagai sebab, ada yang rasuah, ada yang membunuh,ada yang salahguna kuasa,ada yang menyalahkan kuasa, adanya lari dari pertanggungjawaban sehingga kuasa akhirnya mengejarnya kembali dan berdepanlah ia di muka penjara dan terus masuk kedalammnya. Semasa berjuang mereka berbicara sebagai seorang wira bangsa, wira negara dan segala gala macam wira, tapi bila masuk hilang soal wira, hilang jati diri, yang tinggal merenung dan terus merung,lantas bertanya berbaloikan perbuatan ku ini,sehingga aku seperti ini, namun ada juga yang tidak serik lalu berulang ulang melakukan hal yang sama dan sangat memuarkan dan memalukan, inilah apa adanya tentang prilaku politik dan hukum tanggunggannya, namun tak ubah sebagai pengajaran dan penjara itu bukan cukup agaknya untuk mereka.
Majlis Penerangan Parti Kita di Sabah, baru baru ini mendapat sambutan daripada penduduk keningau dan turut serta di dalam majlis tersebut adalah ketua dan pimpinan tempatan dari parti Kita, mereka mendorongkan usaha untuk melaksanakan pembahruan dan berharap kuasa pemerintahan yang ada perlu di ubah demi kemajuan anak anak sabah, dalam penerangann lanjut oleh Dato Pengeran Osman Rauf beliau meminta Rakyat menukar halaun dengan segera jika rakyat inginkan perubahaan.
Labis,
Ketua PARTI KITA Dato Zaid Ibrahim telah berkunjung ke Labis
dan mendengar rintihan dan pandangan dari penduduk setempat, antara tempat yang
di lawati adalah di Kg Sawah Baru, di dalam perjumpaannya dengan Pengerusi Ngo
Pertubuhan Genderasi Bemuda(Belia dan Golongan Muda) Segamat ,En Rasdi Bin
Yakob telah mengangkat persoalan Masallah Penempatan Genderasi Kedua di Kampong
sawah Baru, ujarnya permohonannya itu telah di sampaikan sebelum ini kepada
Menteri Besar Johor, tetapi tidak di jawab sehingga kini. Katanya lagi
permohonan ini telah juga di sokong oleh wakil rakyat setempat, tetapi kelihatan mengecewakan.
Perohonan penempatan ini, di dimohon oleh seramai 100 orang peserta yang
merupakan anak tempatan, beliau sangat kecewa apabila ngo ini mendapat tahu
permohonan dari golongan kaum lain telah di luluskan, sedangkan Bermuda lebih
awal membuat permohonan sejak setahun yang lepas. Di tanya kepada beliau jika
permohonan ini tidak diluluskan, apakah tindakannya,ujarnya lagi jika kerajaan
tidak membantu kita, kita juga tidak akan dapat menyokong kerajaan, malahan
kita akan berkerja keras untuk menukar kepimpinan. Pada perjumpaan Bermuda
dengan dato Zaid Ibrahim, seramai 100 perserta telah turut hadir, dan
perjumpaan ini memberikan makna kepada mereka disebabkan ada pemimpin parti
KITA yang sanggup mendengar rintihan dan pandangan mereka.
LABIS :AGENDA RAKYAT MENGUBAH
PEMIMPIN BN
PILIHANRAYA KECIL DITENANG
HANYA TINGGAL JANJI KOSONG.
Pengundi dikawasan
Air Panas Dun Tenang En Samsuli Ibrahim merangkap bendahari Belia Muda
menyatakan kekesalannya ekoran dari janji janji Wakil rakyat DUN Tenang untuk
memperbaiki kesan dari banjir yang melanda DUN
tenang semasa menghadapi pilihanraya yang lepas, Wakil rakyat dikawasan
tersebut YB Azahar Ibrahim dituntut membuat pembelaan kepada nasib mereka yang
menghadapi kerungian dari banjir yang melanda kawasan terseut. Beberapa
infrastrukutr di kawasan tersebut seperti Jambatan, kerosakan rumah rumah
mangsa banjir masih tidak diendahkan, malah ada di kalangan mangsa banjir
tersebut sehingga kini tinggal di pondok usang, seperti di kampong tenang, kg
Air Panas dan Kampong sawah Baru. Ujarnya lagi Wakil rakyat DUN dan Ahli
Parlimen mestilah mengambil berat di atas masallah ini, dan adalah paling
menyedihkan beberapa aduan telah disampaikan,tetapi wakil rakyat tersebut
mendiamkan diri. Menurut Suli jika keadaan ini berterusan amatlah malang kepada
pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional. Sementara itu menurut En Salleh
Bin Talip penduduk Kg sawah Baru memberi komennya mengatakan adalah penting
kepentingan rakyat di dahulukan dan ia mestilah bersesuaian dengan selogan yang
di wqar warkan oleh Perdanan menteri, jika tidak rakyat menganggap selogan itu
adalah selogan kosong saja, di tianya kepada beliau jika wakil rakyat masih
berdiam diri, apakah pandangan beliau untuk mengatasi persoalan ini, ujaranya
mereka wakil rakyat mestil;ah malu pada diri sendiri, katannya lagi ubahlah
perangai, sebelum mereka di ubah.
ARTI semangat sebuah
perbandingan diantara keberhasilan dan
kegagalan
"Mustahil hanya dimiliki oleh merekay belum pernah
mencoba,dan tidak lah yang di sangka sulit hanyalah kosakata org yang tidak mahu berlatih,mencoba dan berusaha ,manakala gagal adalah perbendaharaan kamus org y terlalu cepat menyerah dan mengaku kalah.
ungkapan yang sangat menggugah, bahkan dapat menjurus ibaratnya melakukan sesuatu
tanpa menerima sebuah kegagalan atau sedikit kesalahan. dalam arti singkat
HARUS SUKSES atau HARUS SEMPURNA, kaedahnya saja yang di sebuat bagaimana ? atau terapan 4w + 1H
jika dilihat dari sisi lain, ungkapan ini merupakan sebuah ungkapan yang besar
maknanya, bayangkan saja bahwa ungkapan ini dapat menyemangati kita pada kondisi
dan situasi apapun, baik itu siswa, mahasiswa, pekerja, wiraswasta dan lain
lain. bahkan dalam kondisi tertekan karena pekerjaan yang menumpuk , atau
mungkin karena ada batu sandungan kegagalan.
seharusnya untuk menempuh sebuah kesuksesan pasti ada batu sandungan berupa
kegagalan (bukankah kegagalan itu adalah kesuksesan yang tertunda???), dan
itulah yang membuat seseorang menjadi besar.
Kita sendiri pun banyak melalui btu sandungan yang bahkan dapat meruntuhkan
semangat kita, dan terkadang ungkapan penyemangat inilah yang membangkitkan
semangat itu.. dan pastinya pertolongan Allah swt sehingga kita dapat melalui
semua rintangan tersebut dengan jayanya.Belajarlah menenmpuh kegagalan untuk
menemui kejayaan, dan berusahalah untuk Berjaya kepada semua Jentera Parti Kita itulah petikan nasehat saya, ujar zaid di dalam forum ilmu yang berjudul gagal dan berjaya dalam perjuangan,