Anwar bukan pilihan rakyat’
|
Raja Petra Kamarudin
|
Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan
lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga
tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk
mentadbir negara.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra
mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk
Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu
pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.
Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP
dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan
pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi
pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan
gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan