Undi
muda: BN dahului Pakatan Rakyat
Tarikh : December 10, 2011
Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan berkata,
angka itu boleh berubah menjelang pilihan raya kerana golongan muda peka
kepada perubahan dan isu semasa.
”Jumlah kaum muda dalam demografi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah
sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88
hingga 92 peratus menyokong Pakatan,” katanya dalam wacana perdana PRU13
di Kota Bharu, malam kelmarin.
Antara panel wacana tersebut, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya
Dr Samsul Adabi Mamat dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution.
Abu Hassan berkata, sebahagian besar sokongan golongan muda PR diraih
dari kalangan anak muda golongan Cina manakala mengikut gender dan umur
dianggarkan kaum itu menyokong gabungan berkenaan pada kadar 82 hingga
88 peratus.
Bagi pengundi Melayu pula, beliau berkata ia kekal pada kadar 22 hingga
28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan tiga hingga lima peratus
kepada BN.
Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada
kira-kira tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap
kepada isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.
Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang berkata, PKR
terbuka dalam menerima kajian yang dibuat walaupun tidak berpihak kepada
parti tersebut.
“Kita tidak amalkan sindrom penafian, saya membaca semua kajian lain
yang disifatkan baik dan positif untuk membuat persiapan dalam
menghadapi pilihan raya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohammad Agus tidak berhasrat untuk
bertanding pada PRU13, biarpun ditawarkan untuk menjadi calon oleh
sebuah parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan