Putar belit Puad Zarkashi
Kenyataan akhbar oleh Puad Zarkashi ini hanya
menyerlahkan sikap tidak mengambil tahu tentang hal ehwal
kementeriannya. Walaupun masyarakat sedia maklum menteri suka buat
kenyataan putar belit, masih, masyarakat mengamalkan konsep baca dan
percaya. Lebih teruk ada yang hanya membaca tajuk dan terus
berkata-kata.
5000 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) itu merujuk kepada guru sandaran terlatih yang telah dilantik ke gred DC41 untuk pengesahan jawatan DG41. Hebat Puad Zarkashi.
Mempermainkan masyarakat dengan maksud harfiah. Jangankan guru DC41, memang pun semua guru lepasan universiti digelar graduan ISMP. Kenyataan ini tidak merujuk kepasa fresh graduates yang berhadapan dengan kelewatan posting.
Selain itu, Puad Zarkashi turut membandingkan graduan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak melalui proses temu duga sepertimana pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG, atau lebih dikenali dengan panggilan maktab).
Sebenarnya, bermula tahun 2007, mereka yang memohon kos pendidikan di universiti perlu menjalani ujian sahsiah diri dan temu duga. Mereka yang melepasi dua kali saringan ini sahaja yang menjalani kos pendidikan.
Dari bulan ke bulan kami diperbodohkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hingga sekarang borang online masih tidak ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa hinggalah timbul pula khabar sebenarnya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan posting guru.
Ada pula pegawai-pegawai KPM dan SPP yang mengatakan bahawa kini tidak lagi perlu mengisi borang online, nanti kami akan terus dipanggil temu duga. Semuanya hebat berkata-kata, namun tiada hitam putihnya.
Kini setelah tujuh bulan berlalu, tiada menteri yang memberi kata putus bilakah sebenarnya kami akan dipostingkan. Tahun 2012 kah? 2022 kah? 2032 kah? Semuanya membisu. Bulan ini buat kenyataan hentam keromo, bulan depan cover semula kebodohan mereka dengan kenyataan lainnya.
Kami, graduan pendidikan. Empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah.
Kini, setelah memperbodohkan kami dengan khabar posting selama setengah tahun, mereka menyuruh kami mencari kerja lain. Rata-rata majikan menolak permohonan kerja graduan pendidikan dalam industri atas sebab ijazah kami yang tertera Pendidikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan