Jumaat, 9 Disember 2011

UNDI SIAPA JADI PENENTU PRU KE 13

Adalah penting untuk menyatakan undi siapa jadi penentu pada pru ke 13 ? Perkataan penentu merujuk kepada asas asas penting dari pihak mana yang boleh memenangkan sesuatu parti politik Beberpa soalan seperti kepentingan suara dari internal dan external adalah elemen garis dari beberpa garis tertentu untuk mempastikan penentuan pemilu (Pemilihan umum)kali ini. Garis pertama internal adalah sejauhmana extistansi mana mana anggota dari parti politik tidak melencong dari kehendak parti mereka. Jika kegagalan mereka mengawal kehendak dari arah printah parti ini memungkinkan undi dari parti itu sendiri merosot di sebabkan keanggotannya yang sudah tidak loyal lagi.Risiko ini ada pada mereka yang mempunyai jumlah anggota yang besar, manakala jumlah anggota yang kecil pula memerlukan kemampuan jentera anggota mereka untuk menjadi besar, jika anggota nya yang kecil tidak berperanan meluas sayap keanggotan yang besar dan loyal, maka ia juga akan menerima tempiasnya, namun risiko ini lebih kecil, disebabkan ia lebih terdorong kepada kaedah parti parti mengangkat isu,meluaskan dan menyerapkan ke dalam pemikiran rakyat. Internal ini juga merujuk kepada logistik yang lengkap dan cekap dan stratigik.Bermakna undi siapa yang menjadi penentu adalah cara mereka bertindak dalam berkerja. Mungkinkah Barisan Nasional akan berdepan dengan masallah internal sehingga presiden parti nya memohon kepada anggotannya agar tidak khianat kepada parti ? Bukankah undi itu Rahsia dan bebas, mungkin mereka menyertai parti BN, tetapi belum tentu mereka memberi undi kepada parti tersebut.Hal ini telah terjadi dalam pilihanraya yang lepas, kini apakah mungkin pakatan rakyat mendapat tempat dihati rakyat untuk menumpaskan Barisan Nasional, jawapannya juga belum tahu, disebabkan Pakatan rakyat mempunyai komposisi yang berlainan ideologi sesama pakatan, ada isu yang berbeza tidak dapat ditangani secara bersama,khususnya natara orang islam dan bukan Islam di dalam pakatan ini, malah pakatan ini juga pada dasarnya bukanlah merupakan pakatan yang legal, malah ia juga menjurus kepada tidur sebantal tapi mimpi lqain lain.Imej pakatan ini juga telah membuat ia semakin tidak elestis, disebabkan kes isu pimpinnya yang tidak ditangani dengan baik, rakyat nampaknya mungkin memerahatikan altenatif lain, mereka mungkin minat kepada calon bebas, tetapi calon bebas pula telah menunjukkan ulahnya dengan sikap lompat melompat dan ditafsirkan senang di beli ?Maka adakah mungkin pada masa akan datang gabungan parti parti kecil akan menjadi lebih besar dan menjadi altenatif kepada rakyat untuk memilih, dan kesannya juga mereka  menjadi penentu untuk memberikan impak kepada parti parti besar ini samada untuk mencapai kemenangan atau kekalahan dari parti tersebut,itulah kini coraknya terhadap politik Malaysia dalam pru ke 13, samada memperluas konsep gabungan atau berdepan dengan pecah undi yang membawa kekalahan, mampukah mereka menanganinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan