Sesungguhnya Pilihanraya ke 13 pasti tiba, kewujudan kuasa rakyat semakin di nantikan, pelbagai sogokan kepada rakyat untuk mengundi BN memang terus berjalan mengikut program, apa saja yang mesti di lakukan oleh BN adalah untuk menang, rasa malu sudah tiada. Rakyat di sogok secara jelas, dari pemberian projek hinggalah kepada pemberian wang tunai, jawabnya yang penting BN nak menang. Dari tingkah laku ini membayangkan rasuah sudah tiada malunya lagi di kalangan pemimpin politik, mereka sangguh menghalalkan cara dengan membuat tafsiran yang rasuah itu bukan rasuah, dan ini adalah perbuatan yang sangat bahaya, bila pemimpin sudah tidak mengenal maksud dan pengertian rasuah alamatnya negara akan hancor.
Saya sangat sedih melihat hal ini, rasuah seoalh sudah menjadi tegal biasa, menjadi budaya dan seterusnya negara ini akan kembali kepada amalan buruk yang menyebabkan rakyat kian menjadi derita dan susah, maka itu tiada pilihan lain kepada rakyat untuk menentang perbuatan hina ini, melainkan kebangkitan drastik,bagi mengelak dari negara ini bangkrap ekonomi dan bangkrap moral, ayoh marilah kita bangkit membenteras rasuh secara sirius dan pastikan terjemahan itu di laksanakan di dalam pilihanraya ke 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan