Jumaat, 9 Disember 2011

ALIRAN CABARAN DALAM UMNO SIRI 1.

Saya telah menulis tajuk di atas di dalam sebuah buku 3 tahun yang lepas, dan kenyatannya keadaan umno semakin mendesak dan terdesak menerusi ucapan presidennya dan pemimpinnya yang lain, namun sebagai peringkatan kepada parti KITA (kesejahteraan Insan Tanah Air) mesti belajar banyak persitiwa sejarah politik di tanah air ini, dan bahagian dari ungkapan tersebut saya nyatakan seperti ini;
ANCAMAN UMNO

MASA KINI DAN CABARANNYA.



Ancaman Dalaman dan Luaran


UMNO menghadapi ancaman dalaman yang berpanjangan, serius dan kritikal di dalam persoalan membina perpaduan di dalam parti. Apabila adanya pemilihan di dalam parti pada peringkat Cawangan, Bahagian maupun Kebangsaan, kerap kali yang kalah akan kecewa dalam arus perjuangan. Kekecewaan mereka ini diterjemahkan dalam bentuk yang realiti dan dihidangkan dengan sebab sebab yang logik, dimana akhirnya mereka membuat keputusan yang boleh menjejaskan perpaduan dalaman parti. Sementara itu yang menang pula telah menghukum yang kalah di dalam pemilihan sebagai seteru mereka secara berterusan, maka lahirlah politik cantas mencantas yang akhirnya melemahkan UMNO. Justru demokrasi membolehkan sesiapa bertanding dengan mengikut syarat yang ditentukan di dalam parti UMNO, namun apapun persyaratan itu telah membuktikan pihak yang menawarkan diri, maupun pihak yang menyandang bagi sesuatu jawatan itu mempunyai niat berjuang  di dalam UMNO. Adakalanya yang menang akan menawarkan apa apa jawatan kepada yang kalah, namun oleh sebab tertentu yang kalah menolak tawaran tersebut, maupun pada masa tertentu yang menang dengan sengaja tidak mahu melantik yang kalah, atas sebab-sebab yang difikirkan oleh mereka secara munasabah.


Walauapa pun, samada menerima dan menolak tawaran dari mereka yang menang di dalam sesuatu pemilihan, yang pasti niat ikhlas dari mereka sering teruji dan dituntut. Namun apa yang terjadi pada masa kini, niat untuk memperkukuhkan UMNO menjadi soal kedua, dan soal utama adalah mereka menginginkan kemenangan dan sanggup melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan sistem nilai,budaya, adat dan agama.


Suasana seperti ini merupakan asas sebab sebab mengapa UMNO menjadi lemah? dan akibat daripada bermusuhan secara berpanjangan.


Pihak yang kalah akan sanggup menumpaskan pihak yang menang  pada masa pilihanraya umum, ini adalah semata mata untuk membalas dendam di atas kekalahan mereka pada masa pemilihan di dalam UMNO, Dan akibatnya parti menjadi lemah serta mereka meluaskan pengaruhnya kepada penyokong mereka pada masa berlangsungnya pilihanraya tersebut supaya tidak menyokong Barisan Nasioanl, justru itu tidak heran jika kita melihat pada pilihanrya ke 12 yang lepas ada dikalangan ahli UMNO yang tidak mahu menyokong parti sendiri,  Sikap bermusuhan secara berterusan sesama ahli dan pemimpin di dalam UMNO, adalah ibarat retak mencari belah, dan seterusnya menunggu masa sehingglah UMNO kehilangan kuasa di dalam beberapa buah negeri di Malaysia Barat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan