Sabtu, 10 Disember 2011

APA TINDAKAN MAJLIS AGAMA ISLAM; APA PULA LAPORAN MEREKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU DALAM ISU INI ?

ABIM desak Chua batal cabar LGE debat isu hudud
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek supaya membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengenai isu hudud.

ABIM juga kesal dengan tindakan Chua mencabar seorang lagi pemimpin (Lim) bukan Islam di negara ini, untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut yang menurut angkatan tersebut "akan hanya mencetuskan kesinambungan polemik politik dan agama yang berpanjangan".

NONE"Justeru, kami mendesak beliau menarik balik gesaan tersebut (untuk
mengadakan debat terbuka berkaitan isu hudud)," kata setiausaha agung ABIM, Raimi Ab Rahim (berbaju putih) dalam satu kenyataan semalam.

Ia adalah antara tuntutan dalam memorandum ABIM yang diserahkan kepada wakil Chua di ibupejabat MCA semalam.

Raimi berkata ABIM sedia bertemu dan mengadakan dialog akademik untuk menjelaskan sebarang kekeliruan serta persoalan berhubung dengan hudud, terutama perkara yang menyentuh secara langsung kepentingan masyarakat bukan Islam.

Memorandum itu juga mengulangi gesaan ABIM  supaya Chua memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini, di atas kenyataannya ketika forum hudud anjuran MCA baru-baru ini.
"Adalah jelas kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaannya," tegas Raimi.
"Kenyataan serta tindakannya itu tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk meraih populariti politik terutama dari masyarakat bukan Islam.
"Tindakan-tindakan beliau ini secara langsung telah merendahkan martabat perundangan hudud kepada isu politik dan sokongan pilihan raya semata-mata, sekaligus menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini," tambahnya.

Memorandum itu juga menyenaraikan beberapa penyelidikan dan kenyataan yang dibuat oleh ulama-ulama mengenai undang-undang hudud.

"Kami berharap bahan akademik boleh Chua manfaat dengan meningkatkan kefahaman undang-undang hudud dan Islam sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti itu pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan